suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Peguam Najib tiba di Penjara Kajang serah perintah tahanan rumah

Najib menjalani hukuman di Penjara Kajang sejak 23 Ogos 2022 selepas didapati bersalah menyeleweng dana berjumlah RM42 juta milik SRC International Sdn Bhd.

PEGUAM bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak tiba di Penjara Kajang kira-kira pukul 2.15 petang Jumaat, bagi menyerahkan perintah pelaksanaan tahanan rumah yang diperoleh daripada Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.

Perkembangan tersebut menyusul selepas Umno melunaskan bayaran denda sebanyak RM50 juta yang dikenakan terhadap Najib.

Menurut laporan media, peguamnya, Muhammad Farhan Muhammad Shafee sebelum itu mengesahkan perkara berkenaan ketika sidang media di lobi mahkamah.

Muhammad Farhan memaklumkan bayaran denda RM50 juta itu telah dibuat kepada pihak Mahkamah Tinggi pada pagi Jumaat.

Susulan pembayaran tersebut, mahkamah mengeluarkan perintah tahanan rumah selaras dengan pengampunan diraja yang diberikan kepada Najib.

"Kami sudah memperoleh perintah berkenaan dan akan menyerahkannya kepada pihak Penjara Kajang," katanya kepada pemberita.

ARTIKEL BERKAITAN: Tabung solidariti capai sasaran, Umno bayar denda RM50 juta untuk Najib pagi tadi

Bagaimanapun, Muhammad Farhan menjelaskan masih terdapat beberapa proses yang perlu diselesaikan sebelum Najib boleh dibebaskan dari penjara.

Tambah peguam tersebut, pihaknya akan mengeluarkan kenyataan media selepas semua proses berkenaan selesai.

Ditanya sama ada Najib berkemungkinan pulang ke rumah pada Jumaat, peguam tersebut berkata perkara itu boleh berlaku sekiranya semua proses berjalan mengikut perancangan.

Untuk rekod, Najib telah menjalani hukuman penjara di Penjara Kajang sejak 23 Ogos 2022 selepas didapati bersalah menyeleweng dana berjumlah RM42 juta milik SRC International Sdn Bhd.

Beliau kemudiannya mengemukakan petisyen pengampunan diraja pada 2 September 2022.

Pada 18 September lalu, Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim memperkenankan pengampunan bersyarat terhadap Najib yang membolehkannya menjalani baki hukuman penjara di bawah tahanan rumah sehingga 23 Ogos 2028, tertakluk kepada beberapa syarat yang ditetapkan, termasuk pembayaran denda RM50 juta. -The Star

Artikel Lain