suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

AGC fail semakan keputusan Mahkamah Rayuan lepas dan bebas Da'i Syed

Da’i Syed dibebaskan pada Rabu.

JABATAN Peguam Negara (AGC) akan memfailkan permohonan semakan terhadap keputusan Mahkamah Rayuan yang melepas dan membebaskan pendakwah selebriti, Da’i Syed daripada pertuduhan merogol seorang wanita pada 11 September 2019. 

Menurut kenyataan yang dikeluarkan jabatan tersebut, keputusan berkenaan dibuat selepas Pendakwa Raya meneliti alasan penghakiman panel Hakim Mahkamah Rayuan yang dibuat pada Rabu. 

"Jabatan Peguam Negara mengambil maklum dan menghormati keputusan Mahkamah Rayuan pada 5 November 2026 menerusi keputusan majoriti yang melepas dan membebaskan pendakwah bebas, Syed Shah Iqmal Syed Mohammad Shaiful daripada pertuduhan di bawah Seksyen 376 Kanun Keseksaan.

Da'i Syed didakwa atas tuduhan merogol seorang wanita. 

"Setelah meneliti alasan penghakiman panel Hakim Mahkamah Rayuan, Pendakwa Raya memutuskan bahawa satu permohonan semakan (review) akan difailkan di bawah Kaedah 105 Kaedah-Kaedah Mahkamah Rayuan 1994 [P.U. (A) 524/1994] (Rules of the Court of Appeal 1994)," katanya pada Khamis.

Antara perkara dipertimbangkan Mahkamah Rayuan bagi mengetepikan sabitan rogol terhadap Syed ialah pengadu lewat membuat laporan polis selama 441 hari.

Dalam penghakiman majoriti 2-1 dibacakan Hakim Datuk Azman Abdullah, Mahkamah Rayuan berpendapat, mahkamah terdahulu terkhilaf dan tersalah arah dalam dapatannya sehingga mewajarkan Mahkamah Rayuan campur tangan.

ARTIKEL BERKAITAN: Da’i Syed menangis, lepas dan bebas tuduhan rogol

ARTIKEL BERKAITAN: [V] Hukuman penjara tangguh, Da’i Syed dibebaskan sementara

Menurut Azman, mahkamah turut meneliti kelakuan mangsa sebelum, semasa dan selepas kejadian, termasuk komunikasi di antara mangsa dan perayu menerusi aplikasi WhatsApp serta Instagram.

Mengulas lanjut, jabatan itu berkata, permohonan berkenaan akan berlandaskan prinsip perundangan, kriteria dan ambang yang ditetapkan bagi pelaksanaan bidang kuasa semakan Mahkamah Rayuan.

Tambahnya, hujahan pihak pendakwaan akan tertumpu kepada persoalan sama ada terdapat keadaan luar biasa yang memenuhi ambang perundangan berkenaan bagi membolehkan mahkamah mempertimbangkan pelaksanaan bidang kuasa semakannya.

Da'i Syed didakwa mengikut Seksyen 376(1) Kanun Keseksaan.

"Jabatan Peguam Negara kekal komited dalam memelihara keluhuran undang-undang dan memastikan keadilan ditegakkan selaras dengan saluran serta peruntukan undang-undang yang berkuat kuasa," katanya.

Pada Rabu, Mahkamah Rayuan melepas dan membebaskan Da'i Syed daripada pertuduhan merogol seorang wanita pada 11 September 2019. 

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 376(1) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan sebatan. 

Pada 30 Ogos tahun lalu, Mahkamah Sesyen menetapkan hukuman penjara 10 tahun dan tiga sebatan, namun Syed dibebaskan dengan jaminan bermula 20 September 2024 bagi menunggu keputusan rayuan.

Artikel Lain