BEKAS isteri kepada Datuk Seri Najib Tun Razak iaitu Tengku Puteri Zainah Tengku Eskandar meninggal dunia pada Khamis.Allahyarham menghembuskan nafas terakhir pada usia 65 tahun. Berita sedih itu disahkan oleh anak sulungnya, Datuk Mohamad Nizar, 48, menerusi perkongsian di Facebook miliknya.Nizar dalam hantaran sama turut meluahkan rasa sedih atas pemergian ibu tersayang dan memberitahu Allahyarham akan sentiasa hidup dalam doa dan ingatannya.“Terima kasih, bonda atas segala kasih sayang, pengorbanan dan doa sepanjang hayatmu. Tiada apa yang mampu membalas segala jasamu.“Semoga Allah SWT mengampuni segala dosamu, merahmatimu dan menempatkanmu dalam kalangan penghuni Syurga Firdaus.“Bonda tetap hidup dalam doa dan ingatan anakanda selamanya,” katanya.Sebelum ini, Nizar memaklumkan ibunya berada dalam keadaan kritikal dan sedang dirawat di unit rawatan rapi (ICU) Hospital Gleneagles, Kuala Lumpur.Allahyarham Tengku Puteri Zainah dan Najib berkahwin pada 1976 namun perkahwinan itu berakhir dengan penceraian pada 1987. Selain Nizar, mereka turut dikurniakan dua lagi cahaya mata iaitu Putri Norlisa, 45 dan Datuk Mohd Nazifuddin, 43 tahun.