suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Arwah ibu pengantin ‘balik’ pada hari nikah, MUA demam seminggu selepas disapa sebelum Subuh - “Tadi dia sambut depan pintu”

Memulakan tugas solekan pada awal pagi adalah cabaran biasa bagi seorang jurusolek. -Gambar hiasan AI

PENGALAMAN berdepan kejadian misteri pastinya sukar dilupakan, apatah lagi apabila ia berlaku dalam situasi yang tidak disangka-sangka.

Seorang jurusolek atau jurumekap artis (MUA) dikenali sebagai Umairahhqiss mendakwa dia pernah mengalami kejadian menakutkan ketika pergi ke rumah seorang pengantin pada awal pagi.

"Sampai rumah pengantin pukul 4.30 pagi. Mak pengantin sambut depan pintu dengan ramah. Mak dia minta untuk disolek juga.

"Lepas dah siapkan pengantin, saya disuruh siapkan dua orang lagi adik pengantin. Tapi saya kata nak mekap ibunya dulu, kesian dia dah minta tadi.

"Waktu itu, terus muka pengantin berkerut. Dia tanya mak siapa? Saya kata mak awak la, sebab tadi dia yang sambut depan pintu," ujarnya memulakan cerita.

Menurut jurusolek itu, pengantin terus memanggil adik-beradiknya sebelum dia dimaklumkan bahawa ibu mereka sudah lama meninggal dunia.

Pengantin biasanya akan mendapatkan khidmat jurusolek sempena hari bahagia mereka. -Gambar hiasan AI

Dalam keadaan terkejut, jurusolek itu turut memperincikan ciri-ciri wanita misteri yang ditemuinya sebelum dia ditunjukkan foto wajah arwah.

"Saya beritahu ciri-ciri fizikal wanita yang sambut saya depan pintu tu. Kemudian, adik pengantin tunjuk gambar arwah. 

"Apabila saya tengok, memang sebiji muka orang yang sambut saya tadi. Masa sampai tu, mak dia juga yang tunjukkan bilik pengantin.

"Dia nampak normal je. Tak nampak menakutkan. Tiada tanda-tanda seperti hantu pun," menurut jurusolek itu lagi.

Walaupun kejadian itu cukup menakutkan, dia tetap melihatnya daripada sudut positif dan menganggapnya sebagai satu peringatan daripada Allah.

"Lepas balik rumah, saya demam seminggu. Ini bukan fiksyen. Mungkin kita antara insan terpilih untuk lalui benda-benda mistik macam ni. 

"Mungkin itu jin atau qarin. Tapi 'mak' tu tak kacau majlis pun. Semua berjalan lancar. Allah nak tunjuk kasih sayang seorang ibu.

"Dia tetap 'ada' walaupun dah meninggal dunia. Mungkin juga Allah nak beri peringatan supaya tak lupa orang yang dah tiada pada hari bahagia kita," ujarnya lagi.

Artikel Lain