Gangguan yang mempunyai kaitan dengan unsur mistik dalam sesebuah rumah tangga perlu ditangani dengan segera sebelum ia menjadi lebih teruk. -Gambar hiasan AI
DARI hujung mata, Sarah hanya memerhati suaminya, Rosman, yang sedang tekun mempersiapkan peralatan memancing di garaj rumah sewa mereka.Joran diperiksa satu persatu, mata kail disusun kemas, manakala guni kosong turut dimasukkan ke dalam bakul motosikalnya. Sudah menjadi kebiasaan bagi Rosman menghabiskan waktu cuti dengan memancing. Jika tidak membawa joran ke sungai, dia akan memasang pukat untuk mencari ikan sungai bersama rakan-rakannya.Melihat Sarah hanya diam, Rosman tersenyum dan mengusap lembut rambut isteri kesayangannya itu."Jangan risau. Pukul 11 abang sampai rumah," ujar Rosman.Jawapan itu sedikit melegakan hati Sarah.Bukan apa, sejak berkahwin tiga tahun lalu, Sarah sudah terbiasa dengan hobi suaminya yang gemar memancing. Namun, dia tetap tidak selesa jika terpaksa bersendirian di rumah hingga lewat malam.Pasangan yang tinggal menyewa di Bertam, Pulau Pinang itu masih belum dikurniakan cahaya mata. Sarah yang merupakan suri rumah mengambil tempahan kuih dan kek secara kecil-kecilan untuk menambah pendapatan keluarga, selain menjadikan aktiviti baking sebagai hobi, manakala Rosman pula bekerja sebagai mekanik di sebuah bengkel.Segelintir lelaki gemar menghabiskan masa melayani hobi bersama rakan-rakan. -Gambar hiasan AISelepas maghrib, Rosman pun menghidupkan motosikal lalu melambai tangan kepada Sarah yang menghantar di muka pintu. Sekitar pukul 9.30 malam, hujan mula turun renyai-renyai. Sarah yang sedang berada menonton televisyen di ruang tamu dikejutkan dengan bunyi ketukan di pintu.Dua kali bunyi ketukan, Sarah berjalan perlahan-lahan menuju ke pintu sebelum mengintai dari celah langsir.Lega hatinya melihat kelibat Rosman yang pulang awal. Sarah terus membuka pintu dan memeluk suaminya itu."Tak ada rezeki malam ini, kawan abang ada kecemasan. Jadi kami balik awal," ringan mulut Rosman bercerita. Sarah sebenarnya agak pelik kerana dia langsung tidak terdengar bunyi motosikal Rosman, namun dia cuba membuang rasa pelik tersebut.Di luar, hujan semakin lebat. Mereka tidur lebih awal dan Sarah lena dibuai belaian hangat suaminya. ARTIKEL BERKAITAN: Kelibat ‘penari Siam’ muncul selepas bidan kampung suruh simpan limau, akar sintok... Rupanya saka penaik seri wajah - “Dia hitam, buruk sangat”Kira-kira pukul 10.55 malam, Sarah yang tiba-tiba terjaga kerana mahu membuang air kecil hairan melihat ruang sebelahnya kosong."Eh, pergi mana pula suami aku ini?" luahnya sambil melihat kesan cadar yang berkeronyok. Ketika melangkah keluar bilik, telinganya menangkap bunyi enjin motosikal yang masuk ke garaj, disertai suara mirip suaminya memberi salam. Sebaik pintu dibuka dari luar, Sarah terkedu melihat Rosman yang sedang menjinjing guni berisi hasil tangkapan masuk dalam rumah sambil tersenyum.Belum sempat mulutnya dibuka, lutut Sarah tiba-tiba menjadi lemah dan dia pengsan. Selepas berkali-kali usaha mengejutkan Sarah tidak berjaya, Rosman berlari menuju ke rumah Abang Raja, jiran yang tinggal selang tiga pintu dari rumahnya.Abang Raja bergegas ke rumah Rosman bersama isterinya, Kak Mizah.Dengan sedikit 'kelebihan' yang ada, Abang Raja membaca ayat ruqyah dan merenjis muka Sarah, sambil Kak Mizah menepuk-nepuk lembut pipi wanita itu untuk menyedarkannya daripada pengsan.Gangguan mistik yang dialami seseorang berpunca daripada pelbagai faktor, antaranya sihir, saka dan sebagainya. -Gambar hiasan AISebaik mata dibuka, Sarah terus menangis sambil memeluk Rosman. Dalam keadaan tersedu-sedu, dia menceritakan apa yang berlaku sepanjang ketiadaan suaminya pada malam itu. "Abang Raja rasa baik kamu berdua pergi berubat. Lagi pula ada kesan lebam-lebam. Pernah dengar kes macam ini, ada 'benda' menyamar. "Sebab itu dulu ada orang tua pesan, kalau suami keluar ke mana-mana, pantang beritahu waktu nak balik... takut ada hantu raya ambil kesempatan, 'dia' sampai awal dulu. "Nanti abang bagi nombor telefon seorang ustaz. Moga dengan izin Allah, hapus terus 'benda' tu supaya tak terus mengganggu," tutur Abang Raja yang juga bilal di surau taman perumahan mereka. Dipendekkan cerita, selepas tiga kali berubat dengan ustaz yang dikenalkan oleh Abang Raja, Sarah semakin sembuh dan semangatnya kian pulih. Sejak kejadian itu, Rosman mengambil langkah untuk tidak lagi meninggalkan Sarah seorang diri pada waktu malam.Dia lebih rela mengorbankan hobi memancingnya daripada membiarkan ruamh tangga mereka diganggu anasir jahat.