Amalan tertentu yang melibatkan perawat tradisional sewajarnya dielakkan kerana dikhuatiri mengandungi unsur syirik. -Gambar hiasan AI
KEHADIRAN cahaya mata pastinya dinanti-nantikan setiap pasangan, apatah lagi selepas melalui fasa kehamilan yang panjang.Bagi masyarakat Melayu, kelahiran bayi turut disertai pelbagai adat dan amalan keagamaan sebagai tanda kesyukuran serta meraikan kehadiran anggota baharu dalam keluarga. Antara amalan sering dilakukan selepas kelahiran bayi ialah mencukur rambut, sama ada dilakukan sendiri oleh ahli keluarga atau mendapatkan bantuan individu yang lebih arif seperti bidan kampung.Begitu juga dengan wanita ini yang memanggil seorang bidan kampung untuk mencukur rambut bayinya, selepas disarankan oleh kakak iparnya. "Alkisahnya, saya panggil bidan kampung yang kak ipar suggest. Dia kenal lama dengan bidan itu, jadi tak apalah saya pun okay je. "Bidan itu minta sediakan pisau cukur, limau dan sintok. Saya pun memang tak fikir apa-apa sebab memang tak tahu," tulisnya dalam satu perkongsian di Threads.Sintok adalah sejenis akar kayu yang sering digunakan sebagai ramuan mandian oleh orang tua-tua dahulu bagi menyegarkan badan."Hari kejadian, dia cukur rambut baby dulu macam biasa. Lepas itu dia mandikan baby dengan limau sahaja. "Bila dah siap mandikan baby, dia macam ada baca-baca dekat limau dengan akar (sintok) dan dia pesan dekat saya, ini untuk awak mandi lepas habis pantang," kongsinya.Hukum mencukur rambut bayi yang dilahirkan adalah sunat dan afdal dilakukan pada hari ketujuh kelahiran si kecil. -Gambar hiasan AIWanita itu kemudian mengambil limau dan sintok berkenaan untuk disimpan, memandangkan ketika itu dia baru memasuki hari ke-10 berpantang.Bagaimanapun, menurutnya, perkara pelik mula berlaku apabila tempoh berpantangnya semakin hampir berakhir."Ibu saudara saya cakap dia nampak sosok penari Siam dekat ruang saya berpantang. Mak saya terus syak mungkin ada kaitan dengan sintok tu."Tambah pula bayi memang meragam," ujarnya.Dipendekkan cerita, wanita itu mengambil keputusan untuk berjumpa pakar perubatan alternatif Islam kerana tidak sedap hati.ARTIKEL BERKAITAN: Cubaan tengok ‘sunrise’ jadi igauan buruk! Tiga peserta ‘hiking’ malam bertukar karakter, hilang kawalan diri "Bila pergi berubat, ya betul! Kata perawat, penari itu cakap dia diamanahkan untuk menaikkan seri saya. Mind you, ibu saudara saya cakap rupa dia hitam, buruk sangat tau," ceritanya.Tambahnya, pengalaman tersebut membuatkan dia lebih berhati-hati dengan sebarang amalan tradisional, terutama apabila melibatkan bahan atau ritual yang tujuan sebenarnya tidak diketahui."Alhamdulillah, saya dah putuskan dan leraikan perjanjian dengan benda itu," katanya.Sehubungan itu, dia turut mengingatkan orang ramai supaya tidak mengambil mudah perkara sedemikian dan menyarankan agar tidak sewenang-wenangnya mengambil khidmat bidan atau pengamal tradisional."Korang kalau panggil bidan untuk cukur rambut bayi, kemudian dia suruh sediakan limau dan sintok, please run! Saya tak bergurau," akhirinya.