Antara cabaran yang dihadapi majikan adalah mempunyai pembantu rumah yang tidak amanah atau menggunakan taktik kotor untuk tujuan tertentu. -Gambar hiasan AI
SUDAH menjadi fitrah manusia lebih mudah percaya dengan luaran dan penampilan seseorang sebelum mengenali mereka dengan lebih dekat.Seperti kisah wanita ini, dia 'terpukau' saat pertama kali bertemu dengan pembantu rumahnya yang disifatkan sebagai pendiam, lemah lembut dan taat kepada agama. "Orangnya tak banyak bercakap, kalau bersuara pun sangat perlahan. Selalu tersenyum, menutup aurat, solat di awal waktu dan kerap membaca al-Quran. Nampak green flag kan?" kongsinya.Namun 'bangkai' yang cuba ditutup, baunya tetap akan tercium juga. Cerita wanita ini, hanya selepas dua bulan bekerja, pembantu rumah asal Medan, Indonesia itu mula menunjukkan 'belang' dan mula berani bersikap kurang ajar terhadap majikan.Majikan disarankan menapis calon pembantu rumah untuk mengelakkan masalah di kemudian hari. -Gambar hiasan AIDia mendakwa pembantunya itu mula pandai meninggikan suara, menunjukkan wajah masam serta kerap memberi reaksi tidak berpuas hati apabila diberikan tugasan yang tidak digemari."Bila dia rasa penat dan susah nak handle anak saya, dia mula buat perangai."Makin hari makin biadab. Tak hormat langsung pada saya. Bila kena buat sesuatu, tarik muka masam, tak puas hati menjeling. Bila saya cakap, melawan, menjawab dan meninggikan suara," ceritanya.Keadaan itu akhirnya menyebabkan dia dan suaminya mengambil keputusan memberhentikan pembantu tersebut kerana mereka sudah tidak mampu bertolak ansur dengan sikap berkenaan.Namun selepas pembantu itu pulang, wanita tersebut mendakwa keluarganya mula berdepan perkara yang dianggap luar biasa.Ini termasuk sihir pemisah yang membuatkan rumah tangganya berantakan sehingga melibatkan anak-anak mereka.ARTIKEL BERKAITAN: Penerbangan dari Tawau ke KL dikacau 2 lembaga hitam! Pramugari pengsan, 12 penumpang saksi kejadian menjerit ketakutan"Saya dan suami kena sihir pemisah, dua anak saya juga terkena perbuatannya. Paling kesian anak bongsu umur dua tahun, memang sungguh-sungguh dia kacau sampai saya putus asa."Anak saya menangis dan meracau macam kena histeria. Tak kira siang atau malam tanpa sebab. Memang sangat susah untuk saya urus anak-anak," kongsinya.Ceritanya lagi, pembantu rumah yang baharu juga hanya kekal selama sebulan, kali ini wanita itu yang berhenti tanpa memberikan alasan kukuh.Tidak sedap hati dengan pelbagai kejadian menimpa keluarga mereka, wanita tersebut berkata dia dan suami akhirnya mengambil keputusan untuk mendapatkan rawatan secara Islam."Waktu nak pergi berubat dengan perawat Islam, 1,001 halangan datang. Tapi Allah Maha Berkuasa, sentiasa ingat tu," ujarnya. Susulan pengalaman tersebut, dia menitipkan pesanan kepada orang ramai yang bercadang mengambil pembantu rumah warga asing supaya lebih berhati-hati dan tidak hanya menilai seseorang berdasarkan penampilan luaran.Kurang cekap dalam melaksanakan tugasan turut menjadi punca seseorang pembantu rumah diberhentikan oleh majikan. -Gambar hiasan AIKatanya, sikap baik seseorang pada pandangan mata tidak semestinya mencerminkan keseluruhan peribadinya."Hati-hati korang yang nak ambil pembantu dari sana. Kebanyakannya datang bukan dengan 'tangan kosong'. "Dari awal datang, dia tanam benda di hadapan dan belakang rumah dengan tujuan nak tundukkan majikan."Kalau ada rasa tak kena pergilah berubat, jangan biar terlambat. Akhir sekali, pendinding diri paling penting."Jaga solat, baca ayat Kursi setiap kali habis solat, amalkan tiga Qul, Bismillah 5, zikir pagi serta petang dan banyak lagi," akhirinya.