suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Ungku Ismail pernah tangisi Nad Zainal di ICU... “Dia susah nak tunjuk emosi“

Nad (kanan) mengimbau saat Ungku Ismail (kiri) menangis sewaktu dia menerima rawatan di hospital.

PELAKON Nad Zainal mengimbau kembali detik suaminya, aktor Ungku Ismail yang ketika itu masih bergelar sahabat, begitu risau sehingga menangis ketika dia menerima rawatan di hospital pada November 2022.

Nad atau Farah Nadia Zainal Abidin, 36, berkata dia mengetahui perkara itu menerusi seorang jururawat yang memaklumkan Ungku menangis ketika dia masih dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU).

Kata Nad, dia pada mulanya tidak percaya dengan perkara tersebut kerana sepanjang perkenalan mereka, Ungku bukan seorang yang mudah menunjukkan emosi.

"Sewaktu saya sakit sekitar November - Disember 2022, saya diwadkan di HKL dalam ICU agak lama sebelum dipindahkan ke IPR. 

Perkongsian Nad (kanan) yang dimuat naik di Threads miliknya.

"Satu hari, ada jururawat datang cakap... 'Nad Ungku menangis tau'. 

"Saya hanya mampu senyum dan membalas 'taklah'," katanya. 

Nad berkongsi perkara itu menerusi sebuah hantaran yang dimuat naik di Threads miliknya pada Sabtu. 

Dalam hantaran sama, Nad turut berkongsi video temu bual lama Ungku bersama program hiburan Melodi yang memaklumkan perkembangan terkini mengenai keadaan kesihatannya ketika itu.

ARTIKEL BERKAITAN: “Saya tidak buncit, saya mengandung” - Nad Zainal umum sedang berbadan dua 

ARTIKEL BERKAITAN: Nad Zainal selamat bersalin anak lelaki

Menerusi video berkenaan, Ungku dilihat tidak dapat menahan sebak ketika berkongsi perasaannya, malah mengakui merindui sahabatnya itu.

Menurut Nad, jururawat berkenaan tetap bertegas bahawa Ungku benar-benar menangis sehinggalah dia sendiri melihat rakaman temu bual tersebut selepas keluar dari hospital. 

"Dia (jururawat) berkeras cakap ya, sampailah bila keluar hospital orang ramai kongsikan video interview ini.

"Sepanjang perkenalan, dia (Ungku) seorang yang susah nak tunjuk emosi, lagi pula dia tak pernah cakap suka saya. 

"Dah sakit baru beria, ha tahu takut," ujarnya.

Pada 20 November 2022, Nad dimasukkan ke Hospital Pakar KPJ Ampang Puteri sebelum dipindahkan ke HKL akibat jangkitan kuman pada paru-paru. 

Nad dan Ungku Ismail (kanan) bernikah pada Januari 2023.

Ungku Ismail adalah antara rakan artis yang sentiasa berada di sisi Nad sepanjang dia dimasukkan ke hospital, selain menyalurkan maklumat terkini tentang keadaannya dan memohon orang ramai berdoa agar aktres berkenaan kembali pulih.

Nad dan Ungku Ismail kemudiannya mendirikan rumah tangga pada 23 Januari 2023 dan dikurniakan dua cahaya mata lelaki iaitu Ungku Indra Putera Al Majid, 3, dan seorang bayi yang baharu dilahirkan pada 1 Julai lalu. 

Sebelum itu, Nad pernah berkahwin dengan Muhammad Faliq Amirudin pada Disember 2015, namun bercerai pada September 2022.

Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan dua anak iaitu Fahad Ibrahim, 10, dan Budi Kalsom, 5 tahun.

Artikel Lain