PELAKON Trisha Ooi mendedahkan dia pernah ke Indonesia bagi menghadiri uji bakat tertutup untuk membintangi satu siri televisyen aksi di negara jiran itu.Trisha atau Reyshqa Aqiera Mohd Nasron Ooi, 27, berkata, peluang tersebut hadir apabila dia dihubungi secara langsung oleh pihak produksi Indonesia yang sedang mencari pelakon untuk siri berkenaan. Menurutnya, siri itu bakal memasuki musim kedua dan memerlukan pelakon yang mempunyai kemahiran seni mempertahankan diri."Kebetulan ketika itu Trisha bercuti daripada penggambaran selama dua hari, jadi Trisha terus pergi. Trisha jenis yang tidak memilih dan akan rebut peluang yang ada di depan mata,” katanya.Trisha sanggup terbang ke Jakarta untuk memburu peluang melebarkan sayap lakonan.Dia berkongsi perkara itu ketika ditemui di sidang media drama bersiri Pickel Rival di Balai Berita, Bangsar pada petang Jumaat.Trisha bagaimanapun berkata, dia hanya mengetahui sebab sebenar pihak produksi memanggilnya selepas tiba di Indonesia.Jelasnya, mereka menyangka dia merupakan anak seni dari negara itu kerana tidak mengetahui dia sebenarnya berasal dari Malaysia.ARTIKEL BERKAITAN: Trisha Ooi juara tinju di Dubai, tewaskan wakil Indonesia... Tak sangka bawa pulang tali pinggang kejohananARTIKEL BERKAITAN: 2 minggu tidak keluar rumah, Trisha Ooi susah buang watak 'Balqis'... Boleh tiba-tiba menangis sendiriMalah dia hanya berada di Indonesia selama sehari sebelum pulang ke Malaysia untuk menyambung penggambaran.“Sampai di sana, baru mereka tanya, ‘Trisha kamu dari Malaysia ya?’ Trisha jawab, ‘Iya kak, dari Malaysia.’“Mereka ingat Trisha orang Indonesia, sebab itu mereka panggil,” ujarnya.Walaupun belum mengetahui keputusan uji bakat itu, Trisha tetap bersyukur kerana bakatnya mendapat perhatian pihak produksi luar negara.Trisha masih belum dapat jawapan keputusan uji bakat siri TV Indonesia itu.Katanya pengalaman tersebut turut membuka peluang buatnya mengenali dengan lebih dekat cara kerja industri hiburan di Indonesia.“Trisha pun tidak tahu keputusannya. Tetapi, Trisha bersyukur kerana ada orang luar yang nampak bakat Trisha, mengenali dan memanggil Trisha untuk uji bakat.“Ini juga membuka mata Trisha untuk mengenali cara kerja industri mereka. Mereka sangat baik dan bahasa pun lebih kurang sama dengan kita.“Memang satu pengalaman yang membuka mata (eye-opener),” kongsinya.