PELAKON Trisha Ooi berjaya merangkul kejuaraan dalam perlawanan tinju All Star Championship yang berlangsung di Dubai pada Ahad.Trisha atau nama sebenarnya Reyshqa Aqiera Mohd Nasron Ooi, 27, yang mewakili Malaysia bagi kategori wanita berjaya menumbangkan lawan dari Indonesia dikenali sebagai Dinda. Menerusi satu perkongsian di Instagram, Trisha menyifatkan kemenangan tersebut sebagai satu pencapaian besar hasil daripada latihan keras dan disiplin tinggi yang dilakukan selama berbulan-bulan.Trisha anggap ini merupakan satu pencapaian besar buatnya. "Membawa pulang tali pinggang ke tanah air Malaysia. Alhamdulillah, saya masih cuba menghadam semua ini."Ini bukan sekadar satu perlawanan. Ini adalah hasil berbulan-bulan pengorbanan, disiplin, air mata, dan usaha menolak diri melepasi batas yang saya sendiri tidak pernah sangka," katanya.Mengulas lanjut mengenai persiapannya sebelum turun ke gelanggang, Trisha mengakui bukan mudah untuk kekal konsisten apatah lagi perlu berdepan dengan keletihan fizikal dan tekanan mental.ARTIKEL BERKAITAN: Pertama kali sertai kejohanan tinju di Dubai, Trisha Ooi menangis kena jaga makanARTIKEL BERKAITAN: Babak intim dalam kereta hanya teknik kamera, tayangan bulan Ramadan di luar bidang kuasa Trisha Ooi… “Saya hanya jalankan tanggungjawab”Bagaimanapun, semangat juang yang tinggi menjadi pendorong utama untuk dia terus bertahan sehingga ke saat akhir perlawanan."Ada saat saya rasa penat, ada saat saya ragu, ada saat saya mahu berhenti, tetapi saya tidak melakukannya. Malam ini (Ahad), semuanya terbayar," ujarnya. Dalam pada itu, Trisha turut mendedikasikan kejayaan tersebut buat ahli keluarga dan peminat yang tidak putus memberikan sokongan sepanjang kejohanan itu berlangsung."Kepada ibu saya, dan semua yang menyokong saya, mendoakan saya, serta percaya kepada saya… terima kasih dari lubuk hati saya yang paling dalam. Kalian memberi saya kekuatan saat saya amat memerlukannya."Dan kepada diri saya sendiri, terima kasih kerana tidak pernah berputus asa," ujarnya.Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTubeTONTON VIDEO PILIHAN!