suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Tak sampai dua bulan beli motosikal untuk ‘ride’ berdua, kawan suami suka hati nak pinjam tiga hari bawa isteri jalan-jalan

Nilai sentimental membuatkan seseorang terpaksa menolak permintaan rakan yang ingin meminjam. -Gambar hiasan AI

MEMINJAM barang milik orang lain bukanlah sesuatu yang asing, terutama dalam kalangan rakan rapat yang sudah lama mengenali antara satu sama lain.

Namun, tidak semua barang boleh dipinjamkan sesuka hati, lebih-lebih lagi jika ia mempunyai nilai sentimental atau kenangan istimewa buat pemiliknya.

Begitulah dilema seorang wanita apabila rakan suaminya berhasrat meminjam motosikal yang baru dibeli untuk membawa isteri bersiar-siar selama tiga hari.

Motosikal perlu diselenggara secara berkala supaya berada dalam keadaan baik. -Gambar hiasan AI

Motosikal perlu diselenggara secara berkala supaya berada dalam keadaan baik. -Gambar hiasan AI

"Salah ke kalau aku tak bagi kawan suami pinjam motosikal yang baru beli untuk bersiar-siar, dia nak pinjam tiga hari nak bawa isteri dia," luahnya di Threads.

Tambahnya lagi, motosikal tersebut baru dibeli kira-kira dua bulan lalu dan sepanjang tempoh itu, mereka hanya menggunakannya untuk aktiviti menunggang bersama.

Malah katanya, keengganannya meminjamkan motosikal tersebut bukan disebabkan harga atau nilai harta, sebaliknya kerana ia mempunyai makna tersendiri dalam hubungan mereka sebagai suami isteri.

  • Seorang wanita berat hati apabila rakan suaminya mahu meminjam motosikal mereka selama tiga hari.
  • Motosikal itu baru dibeli dua bulan lalu khusus untuk aktiviti menunggang bersama suami.
  • Wanita tersebut mengakui motosikal berkenaan mempunyai nilai sentimental walaupun bukan kenderaan mahal.
  • Dia tidak keberatan meminjamkan kereta, namun enggan berkongsi motosikal yang dianggap istimewa.
  • Netizen menasihatinya supaya tidak meminjamkan motosikal kerana bimbang rosak dan menjejaskan persahabatan.

"Bukan kedekut harta atau apa. Motosikal pun bukan motosikal mahal dan kalau dia nak pinjam kereta, saya boleh saja bagi. 

"Tapi motosikal itu memang kami beli baru dua bulan dan kami pun hanya pakai untuk 'ride' berdua saja.

"Kalau bagi orang lain pinjam sampai tiga hari, saya rasa macam alah, dah tak ada 'special' dah," luahnya lagi.

ARTIKEL BERKAITAN: Pemuda mengamuk ‘hoodie’ RM300 jahanam di tangan kawan! Berani pakai buat cuci motosikal, lap minyak hitam

ARTIKEL BERKAITAN: Tiap-tiap minggu bertandang pinjam lampin, tapi tak pernah ganti! Wanita terkejut jiran muka tembok hina guna jenama murah

Hantarannya itu mengundang pelbagai reaksi warga maya yang rata-ratanya meminta dia untuk bertegas agar motosikal tersebut tidak dipinjamkan.

Tidak kurang juga yang menyuarakan kebimbangan sekiranya kenderaan tersebut rosak semasa digunakan orang lain.

"Jangan bagi, suruh je suami jual nama isteri sebab kalau apa-apa jadi pada motosikal tu, dua perkara akan hilang iaitu kawan dan motosikal," demikian reaksi netizen.

Artikel Lain