suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Tiap-tiap minggu bertandang pinjam lampin, tapi tak pernah ganti! Wanita terkejut jiran muka tembok hina guna jenama murah

Jiran tetangga perlu saling bantu-membantu antara satu sama lain. -Gambar hiasan AI

SEORANG ibu tidak dapat menyembunyikan rasa terkilan apabila kebaikannya 'meminjamkan' lampin pakai buang kepada jiran seolah-olah langsung tidak dihargai.

Lebih menggores hati, barangan yang diberi secara berterusan tanpa pernah digantikan itu turut diperlekehkan seolah-olah tidak menepati standard keluarga berkenaan.

"Ada sebuah keluarga ni, mak dia kerap datang pinjam lampin anak setiap minggu tapi langsung tak pernah diganti. Saya pula jenis kalau dah bagi, memang tak terfikir nak minta balik.

"Tapi ada satu hari tu, saya terasa hati sangat dengan ayat yang dia cakap.

Jiran tetangga perlulah saling bertoleransi dan bertimbang rasa. -Gambar hiasan

Jiran tetangga perlulah saling bertoleransi dan bertimbang rasa. -Gambar hiasan

"Katanya dia 'terpaksa' pakaikan anak dia guna lampin saya tu, sebab anak dia kononnya cuma nak pakai jenama kegemaran je," luahnya di Threads.

Namun di sebalik standard tinggi yang ditetapkan, wanita berkenaan mendakwa hampir sebungkus lampin pakai buang miliknya dipinjam tanpa diganti oleh jiran terbabit.

Padahal menurutnya, anak sendiri pun hanya dipakaikan lampin tersebut apabila mereka berada di luar rumah untuk tempoh yang agak lama.

  • Seorang ibu terasa hati apabila jiran yang kerap meminjam lampin pakai buang anaknya seolah-olah tidak menghargai bantuan yang diberikan.
  • Menurutnya, ibu kepada keluarga berkenaan datang meminjam hampir setiap minggu, namun lampin yang diambil tidak pernah diganti.
  • Dia semakin tersinggung apabila jirannya berkata terpaksa menggunakan lampin tersebut kerana anaknya hanya memakai jenama pilihan.
  • Pengadu berkata, hampir sebungkus lampin telah dipinjam, sedangkan dia membelinya untuk anaknya yang sedang belajar tidak memakai lampin dan masih memerlukannya ketika berada di luar rumah.
  • Rata-rata warga maya menyarankan supaya dia berhenti memberi pinjam kerana berpendapat jirannya mengambil kesempatan atas kebaikannya.

"Anak aku dalam fasa nak buang lampin, jadi aku beli yang murah je dekat online.

"Takut mereka terkecing atau terberak dalam seluar ketika berada di luar," tambahnya yang enggan membazir membeli jenama mahal memandangkan tempoh pemakaian anak yang semakin singkat.

Bercerita lanjut, wanita itu menegaskan dia sebenarnya langsung tidak berkira untuk berkongsi rezeki, namun terkilan apabila pemberiannya dilayan seolah-olah jiran itu 'terpaksa' menggunakannya.

ARTIKEL BERKAITAN: Wanita hidup harmoni, terhibur sikap jiran 'terlebih' baik - "Khemah saya masuk satu kaki dekat ‘gate‘ awak"

ARTIKEL BERKAITAN: Depan rumah jadi ‘port’ parkir kereta, wanita hilang sabar jiran pentingkan diri - “Kenapa ada manusia bodoh?”

Hantarannya itu mengundang pelbagai reaksi warga maya dengan rata-rata menasihatkan supaya dia menutup rapat pintunya daripada jiran sedemikian.

"Saja je jiran awak cakap macam tu sebab tak nak nampak dia bersalah asyik pinjam lampin orang. Padahal terang-terang dia ambil kesempatan.

"Teringat masa jaga anak kena kuning dekat hospital dulu, lampin anak saya habis sampai terpaksa pinjam jiran sebelah.

"Tapi saya terus mesej suami suruh hantar lampin baharu untuk ganti balik sebab segan pinjam barang orang," demikian antara reaksi netizen.

Artikel Lain