KEHADIRAN tetamu tidak diundang, apatah lagi yang berlainan jantina sememangnya boleh mencetuskan konflik dan perbalahan sesama penghuni rumah sewa.Mengalami nasib seperti itu, seorang gadis meluahkan rasa terkilan dan traumatik apabila secara tidak sengaja bertembung dengan kenalan lelaki rakan serumahnya yang dibawa masuk secara senyap-senyap. "Ini rumah sewa perempuan Muslim. Waktu Subuh, saya bangun nak bersiap pergi kerja. Masa tu saya keluar dalam keadaan berkemban nak ke tandas.Penghuni rumah sewa perlu menjaga batas pergaulan dan tidak membawa pulang kenalan berlainan jantina. -Gambar hiasan AI"Apabila buka pintu bilik, saya nampak seorang lelaki yang cuma memakai seluar pendek. Dalam keadaan terkejut, saya terus masuk bilik dan kunci pintu," ujarnya.Imbas gadis itu, dia yang sedang mengigil terus menghubungi pemilik rumah kerana bimbang berlaku kejadian tidak diingini di kediaman berkenaan."Dalam beberapa minit, pemilik rumah sampai dengan seorang pengawal keselamatan. Mereka selongkar satu rumah untuk cari lelaki itu.Gadis dakwa rakan serumahnya bawa pulang kenalan lelaki.Perkara itu terbongkar ketika dia mahu mandi pada waktu pagi.Dia terpaksa menghubungi pemilik rumah kerana bimbang keselamatannya.Dia mendakwa kejadian itu sebenarnya sudah berlaku berulang kali.Ringkasan ini dijana oleh AI"Selepas cari semua tempat, bilik perempuan tu je yang belum dibuka. Pengawal keselamatan terpaksa pecahkan pintu bilik sebab dia lambat buka pintu."Rupanya memang lelaki tu ada tengah menyorok kat dalam. Pengawal tu kata, kalau anak dia buat perangai macam ni, memang dah lunyai dia kerjakan," ujarnya.Tambah gadis itu, dia percaya ia bukanlah kali pertama pelaku 'menyeludup' lelaki ke dalam rumah sewa mereka.ARTIKEL BERKAITAN: Konon abang, rupanya wanita ‘seludup’ kekasih masuk rumah sewa! 'Housemate' bijak atur strategi sampai kantoiARTIKEL BERKAITAN: Nampak kelibat rakan serumah ‘seludup’ awek masuk bilik, pemuda kuatkan suara mengaji al-Quran... Enggan subahat buat maksiat!"Sebenarnya sebelum ini saya dah pernah dengar suara lelaki dalam bilik dia. Tapi masa tu saya fikir ia suara dalam telefon, mungkin dia tengah hubungi seseorang."Lagi pun bilik dia selalu bising. Mungkin dia main permainan vido juga. Dia suka berborak kuat-kuat. Dia juga jenis pengotor dan tak kemas dapur," ujarnya lagi.Kisah itu dimuat naik menerusi aplikasi Threads, namun pengadu tidak berkongsi lanjut sekiranya perempuan berkenaan diusir dari rumah sewa atau sekadar diberikan amaran.