suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Tamakninah ‘ke laut’, suami solat empat rakaat tak sampai 5 minit! Isteri jaga tertib pilih sembahyang sendiri

Setiap orang berhak memberi teguran sekiranya ada kesalahan dibuat pasangan. -Gambar hiasan AI

MENEGUR pasangan tentang soal ibadah bukanlah sesuatu yang mudah, apatah lagi apabila niat murni itu disalah erti sebagai usaha mencari kesalahan.

Begitulah dilema yang dihadapi seorang wanita apabila melihat suaminya yang tidak pernah meninggalkan solat, namun menunaikan ibadah berkenaan dengan terlalu pantas sehingga menimbulkan kebimbangan daripada sudut kesempurnaannya.

Menurut wanita itu, suaminya tetap rajin menjaga solat walaupun sibuk bekerja, namun lelaki berkenaan didakwa mampu menyelesaikan solat empat rakaat dalam tempoh kurang lima minit.

Suami yang baik akan berusaha untuk menyempurnakan solat. -Gambar hiasan AI

"Suami aku boleh dikatakan orang yang jaga solat. Tak pernah tengok dia tinggal satu waktu pun walaupun busy, kalau kerja pun dia akan beritahu dia solat dekat surau pejabat.

"Cumanya, setiap kali solat, dia selesaikan cepat sangat. Aku pun bukanlah maksum dan pandai sangat bab agama tapi tamakninah adalah salah satu rukun sah solat," katanya.

Wanita ini dalam hantaran di Threads mengakui pernah memberi teguran terhadap suaminya secara bergurau namun kata-kata itu diambil daripada sudut negatif.

ARTIKEL BERKAITAN: 'Berdesup', 2 minit siap! Wanita musykil 'roommate' solat laju, lepas bagi salam terus tengok telefon - "Baca yang wajib je"

ARTIKEL BERKAITAN: “Masa tamakninah pun terangguk-angguk” - Wanita susah hati tengok pergerakan pelik di surau R&R, syak ajaran sesat!

Lebih merisaukan, wanita itu mendakwa suaminya turut menunaikan solat dengan begitu pantas ketika menjadi imam sehingga dia lebih selesa solat bersendirian.

"Waktu solat subuh okey la sebab dua rakaat. Tapi untuk zohor, asar dan isyak macam sangat mustahil untuk solat dalam waktu kurang lima minit.

"Saya dah pernah tegur, tapi guna cara mengusik dia. Saya cakap sayang kenapa awak solat cepat sangat, awak nak kejar apa? Saya kan kat sini.

  • Suami solat empat rakaat kurang lima minit.
  • Isteri risau cara suami solat terlalu cepat.
  • Teguran secara bergurau buat suami terasa hati.
  • Suami sindir isteri selepas ditegur.
  • Isteri pilih solat sendiri berbanding berjemaah.

"Tapi dia terasa hati. Dia jawab... tak apalah solat juga daripada tak solat langsung kan? Betul tak? dengan nada sinis dan macam marah," luahnya.

Menurutnya, dia mengambil masa kira-kira dua hingga tiga minit untuk menyempurnakan satu rakaat, sedangkan suaminya mampu menyelesaikan empat rakaat dalam tempoh kurang lima minit.

Bimbang tegurannya sebelum ini disampaikan dengan cara yang salah, wanita itu mempersoalkan sama ada dia bersalah kerana menegur cara suaminya menunaikan solat.

"Jadi sekarang aku banyak solat sendiri saja. Salah ke aku beri teguran dekat suami? Salah ke apa yang aku cakap?," ujarnya menutupi kisah.

Artikel Lain