suria

'Berdesup', 2 minit siap! Wanita musykil 'roommate' solat laju, lepas bagi salam terus tengok telefon - "Baca yang wajib je"

Solat adalah wajib untuk umat Islam dan perlu dilakukan dengan sempurna. -Gambar hiasan AI

SETIAP individu mempunyai purata tempoh tertentu dalam menunaikan solat, tetapi jika kadarnya terlalu pantas sudah semestinya akan menimbulkan persoalan.

Begitulah apa yang dirasai wanita ini selepas melihat cara rakan sebiliknya mendirikan solat yang dianggap terlalu laju iaitu sekitar dua minit.

Menurut wanita itu dalam satu hantaran di media sosial, rakannya merupakan bekas pelajar sekolah agama dan sudah beberapa kali ditegur mengenai perkara ini.

Solat adalah rukun Islam yang wajib ditunaikan bagi semua umat. -Gambar hiasan

"Saya ada seorang roommate ni dia solat laju gila. Macam solat empat rakaat tu, dua minit je (selesai). Lepas tu solat subuh apatah lagi.

"Saya tak tahu la ini hal yang normal ke tak tapi selama saya hidup, ini kali pertama jumpa orang solat dengan cara macam ni.

"Latar belakang dia, seorang yang bersekolah agama. Saya dah banyak kali tegur tapi dia kata, dia baca yang wajib je cuma macam laju sangat pula," jelasnya.

ARTIKEL BERKAITAN: Anak dijeling tajam kerana jatuhkan ampaian telekung, ibu tak kan maafkan jemaah sombong! Kini trauma nak ke masjid

ARTIKEL BERKAITAN: Tak sempat sujud, makcik selesai solat di sebelah laju-laju lipat sejadah... Wanita reda dahi kena lantai berpasir

Tambahnya lagi, dia bertindak sedemikian kerana merasakan diri bertanggungjawab untuk menegur rakannya supaya cuba menyempurnakan solat.

Bagaimanapun, dalam masa sama dia sendiri keliru adakah dirinya yang terlalu berfikir keterlaluan atau memang cara solat rakannya itu normal.

"Dia selalu cakap janji solat tapi kalau solat kan kena ada tomakninah (berhenti seketika) tak silap saya. Tapi dia tak buat pun, tu saya rasa tak normal.

  • Wanita terkejut lihat rakan sebilik solat empat rakaat hanya dua minit.
  • Rakannya kata baca yang wajib sahaja.
  • Sudah ditegur tapi tetap teruskan cara sama.
  • Netizen berbelah bahagi apabila ada kata sah, ada risau tiada tomakninah.
  • Tomakninah adalah syarat sah solat dan penting untuk ketenangan serta kesempurnaan solat.

"Tapi sebagai 'roommate' saya dah buat teguran sudahlah. Selebihnya biar dia dengan tuhan saja," katanya lagi.

Perkongsian itu mencetuskan pelbagai reaksi dalam kalangan netizen yang rata-ratanya mempunyai pandangan berbeza.

"Selagi cukup rukun solat, boleh je. Cara ni terpakai untuk orang bekerja, juga kadang tak sempat solat jadi baca yang wajib je asalkan tidak tinggal solat.

Komen netizen di Threads.

"Kalau dia buat yang rukun je dah sah. Itu sudah cukup baik dan itu urusan dia dengan Allah. Tegur apa yang patut je. Yang perlu kita risaukan orang yang tak solat langsung.

"Yang saya pula terbalik. Tak boleh solat cepat-cepat nanti terlupa ni rakaat keberapa dah eh? Paling lama pun sekitar 30 minit. Saya yang tak normal dekat sini," komen beberapa netizen.

Membalas salah satu komen netizen, wanita itu menjelaskan bahawa rakan sebiliknya bukanlah sembahyang dalam keadaan tergesa-gesa, malah terus melihat telefon selepas selesai solat.

Untuk makluman, tomakninah adalah perbuatan diam sebentar atau berhenti seketika dalam setiap pergerakan sembahyang dan ia termasuk dalam rukun solat.

Tomakninah mesti dilakukan ketika rukuk, iktidal, sujud dan duduk di antara dua sujud.

Artikel Lain