SAMA seperti medium lain, laman Thread juga kini menjadi medan luahan perasaan segelintir warga maya tentang rasa ketidakpuasan hati terhadap mentua atau ipar duai.
Ada yang sekadar meluahkan perasaan bagi meminta pandangan serta tidak kurang juga seolah-olah membuka aib.
Dalam satu perkongsian yang tular, seorang wanita meluahkan rasa jijik dengan tabiat ibu mentuanya yang suka menggaul nasi menggunakan tangan sebelum memasak nasi goreng.
Setiap individu mempunyai cara masing-masing ketika memasak di dapur. -Gambar hiasan
"Anda semua kalau buat nasi goreng, nasi tu hancurkan guna tangan ke? Ramas-ramas nasi guna tangan?
"Hari tu lepas bangun pagi aku pergi ke dapur, ternampak ibu mentua aku sedang gaul-gaul nasi dalam periuk guna tangan.
"Terus rasa loya tekak. Kenapa nak kena gaul (dengan tangan), gunalah senduk," tulisnya dalam hantaran berkenaan.
ARTIKEL BERKAITAN: Umur 70 tahun masih toksik, nak kongkong semua perkara... Anak nekad pindah dari rumah ibu, mahu jaga mental isteri
ARTIKEL BERKAITAN: Wanita tak senang duduk mentua asyik suruh cari kerja... Anggap otak dah karat, tak nak mula dengan gaji rendah
Menurut wanita tersebut, dia sememangnya tidak biasa dengan kaedah tersebut kerana sejak kecil keluarganya lebih mementingkan aspek kebersihan ketika menyediakan makanan.
Tambahnya, dia tidak kisah jika seseorang mahu menggunakan tangan semasa memasak asalkan dicuci dengan betul, namun berbeza dengan ibu mentuanya yang didakwa membasuh tangan ala kadar sahaja.
Seorang wanita jijik dengan tabiat ibu mentuanya yang suka menggaul nasi dengan tangan sebelum memasak nasi goreng.
Dia mengaku tidak biasa kerana keluarganya lebih menitikberatkan aspek kebersihan di dapur.
Dia tidak kisah jika orang menggunakan tangan ketika memasak, asalkan dicuci dengan sabun dan bersih sepenuhnya.
Namun dia mendakwa ibu mentua hanya membasuh tangan ala kadar.
Perkongsian itu mendapat reaksi bercampur dengan ada yang bersetuju, namun ramai menasihatinya supaya menghormati cara 'orang lama' memasak.
"Untuk pengetahuan, dia (ibu mentua) jenis basuh tangan lalu-lalu air je. Aku perhati je sejak dulu lagi. Kita kalau basuh tangan tonyoh-tonyoh, sabun sampai berbuih.
"Dia jenis makan dekat kedai, basuh tangan curah air dalam cawan ke dalam pingan je," tulisnya lagi.
Perkongsian wanita tersebut mengundang reaksi bercampur daripada warga maya.

Sebahagian daripada komen netizen.
Ada yang bersetuju dengan pandangannya, namun tidak kurang juga meminta agar wanita berkenaan bersabar dan memahami cara 'orang lama' ketika memasak.
"Tak pernah lagi dengar kes kematian sebab makan nasi goreng ramas tangan.
"Kalau rasa geli, next time awak bangun awal berbanding ibu mentua. Kemudian masak sendiri untuk seluruh keluarga... selesai masalah.
"Sedih betul membayangkan menantu geli air tangan mentua sedangkan tangan tu yang membesarkan suami dia," demikian antara komen netizen.


