IBADAH umrah sudah selesai, namun kegembiraan seorang wanita bertukar kecewa sebaik sahaja tiba di tanah air.
Mana tidaknya, air Zamzam yang diperolehi dari Tanah Suci hampir habis gara-gara diagihkan kepada orang lain tanpa kebenarannya.
Membuat luahan perasaan di laman Threads, wanita tersebut berkata ketika tiba di rumah dia terus tidur kerana kepenatan selepas menempuh perjalanan jauh.
"Bangun je tidur, tengok air Zamzam aku lima liter dah tinggal sikit gila. Aku tanya mana pergi air Zamzam aku?
Air Zamzam disediakan secara percuma buat jemaah di Tanah Suci. -Gambar hiasan
"Mak aku jawab dia dah bagi dekat kakak-kakak dan abang-abang aku. Aku tengok mak aku letak dalam botol mineral yang 1250ml tu.
"Aku punya tinggal 250ml lebih kurang, sebab sikit gila," tulisnya dalam hantaran berkenaan.
ARTIKEL BERKAITAN: Tetamu kenduri geram sikap tak peduli mak ayah, biar anak makan bersepah dalam dewan kahwin - “Kau tinggal ‘tahi’ macam tu je!”
ARTIKEL BERKAITAN: Mak ayah suka ke ‘mall’ selamba tinggal anak di taman permainan ‘indoor’, biarkan perut kosong - “4 jam dia sendirian”
Menurut wanita tersebut, dia bertambah kecewa apabila ibunya membalas tegurannya agar agihan dibuat secara lebih berhemah dengan sinis.
"Aku bisinglah cakap, 'agak-agaklah sebotol mineral besar bagi untuk diaorang'.
Seorang wanita kecewa selepas pulang dari umrah apabila air Zamzam 5 liter miliknya diagihkan oleh ibunya tanpa kebenaran.
Air tersebut diberikan kepada kakak dan abangnya ketika dia sedang tidur.
Dia menegur ibu supaya tidak mengagihkan terlalu banyak kepada orang lain.
Teguran dibalas oleh ibu yang melabelkan dirinya kedekut
Netizen nasihat agar dia bersabar, sambil mendoakan dirinya dilimpahkan rezekipada masa depan.
"Mak aku cakap aku berkira, kedekut. Aku jawab, diaorang semua tu lagi kedekut. Aku nak pergi umrah 10 sen pun tak hulur. Aku ke yang salah?" luahnya lagi.
Bukan bersikap kedekut atau enggan berlapang dada, namun wanita tersebut berkata dia sedikit terkilan kerana ibu serta adik-beradiknya seolah-olah tidak mempunyai common sense.
Perkongsian wanita tersebut dibanjiri dengan komen positif daripada warga maya yang rata-ratanya mendoakan agar dia diberikan ganjaran rezeki berganda pada masa depan.

Sebahagian komen netizen.
"Awak tak salah, mak yang tiada common sense. Maaf ya, adab kena ada walaupun dengan anak sendiri.
"Tolong normalisasikan minta izin walaupun dengan anak.
"Tak apalah, redakan saja semua tu. Didoakan asbab pemberian air tu awak akan dapat rezeki melimpah ruah ibarat air Zamzam," demikian antara komen netizen.


