suria

Sekumpulan gadis terdiam lepas ditegur buat bising dalam surau... Borak sampai ganggu jemaah solat tak khusyuk

Jaga adab dan pertuturan ketika solat di tempat awam. -Gambar hiasan AI

TINDAKAN seorang wanita yang lantang menegur sikap sekumpulan gadis di surau sebuah pusat beli-belah mencuri perhatian ramai di media sosial.

Berdasarkan perkongsian di Threads, kejadian yang berlaku pada waktu tengah hari itu menyaksikan tiga hingga empat gadis berusia awal 20-an sedang duduk berehat selepas menunaikan solat.

Namun suasana tiba-tiba menjadi tegang apabila seorang wanita dipercayai berusia lewat 40-an menegur mereka dengan suara lantang hingga menarik perhatian jemaah lain di surau berkenaan.

Elakkan berbual dengan jemaah lain walaupun sudah selesai solat. -Gambar hiasan AI

"Mereka duduk-duduk dekat situ, mungkin baru lepas selesai solat. Waktu saya baru habis solat, ada seorang makcik depan saya terus pandang budak-budak perempuan tu.

"Dia cakap dengan ada kuat dan menjengkelkan sampai semua orang boleh dengar. Assalamualaikum, nak tanya la. Memang suka cakap dengan kuat dalam surau ye?

"Saya tanya je. Memang dah selalu buat macam ni? Terkulat-kulat sekumpulan wanita tu. Saya pun terkulat juga," imbas pengadu tentang insiden berkenaan.

ARTIKEL BERKAITAN: Wanita tegur sikap buruk suka ‘cop’ saf dalam surau sempit, letak telekung buat tanda... Lepas solat tak reti bangun, nak mekap dulu!

ARTIKEL BERKAITAN: Migrain lepas masuk surau, wanita tegur individu bertudung! 'Inner' tebal, rambut basah antara punca bau kepam

Tambah pengadu, dia beranggapan bahawa tidak salah untuk menegur mana-mana pihak jika dilihat melakukan sesuatu yang tidak sepatutnya.

Namun dia juga berpendirian adalah penting untuk menggunakan budi bicara dalam apa jua tindakan termasuk menegur kesalahan orang lain.

"Sebenarnya saya bersama kawan dalam surau tu. Sejujurnya kami tak dengar mereka gelak atau bercakap dengan kuat tu.

"Memang biasa je (suara) tu. Tak terlalu kuat atau perlahan... jadi masa tu kami masih tercari-cari apabila makcik tu tiba-tiba marah.

  • Wanita tegur sekumpulan gadis bercakap kuat dalam surau pusat beli-belah.
  • Insiden berlaku waktu rehat tengah hari, tiga hingga empat gadis sedang berehat selepas solat.
  • Suasana tegang bila wanita berusia lewat 40-an menegur dengan suara lantang.
  • Saksi kata gadis-gadis itu sebenarnya tak bising pun.
  • Netizen berbelah bahagi di mana ada sokong, ada anggap teguran terlalu keras.

"Saya dan kawan-kawan pun berbincang mengenai hal tersebut selepas tu. Kasihan jugalah pada adik-adik tu," ujarnya lagi.

Di ruangan komen, netizen pula dilihat berbeza pandangan apabila ada pihak menyokong tindakan individu yang membuat teguran berkenaan.

Komen netizen di media sosial.

Namun begitu, tidak kurang juga yang merasakan teguran boleh dibuat dengan lebih berhemah.

"Memang mereka borak dan gelak kuat sampai ganggu jemaah ke? Kalau ye, makcik tu tak salah sebab bagi teguran tu.

"Saya pun selalu tegur manusia dalam surau. Kalau nak bercakap atau bergosip tu pergi la tempat lain," komen sesetengah netizen.

Artikel Lain