suria

Si cantik pengotor... Mekap Isnin 'carry forward' sampai Khamis', bangun tidur terus pergi kerja - "Berus gigi pun dia tak ada"

Tidak mencuci solekan boleh memberi kesan buruk kepada wajah. -Gambar hiasan AI

SEORANG wanita berkongsi pengalaman tinggal serumah dengan seorang gadis yang tidak menjaga kebersihan diri sehingga menimbulkan rasa tidak selesa dalam kalangan rakan.

Menurut wanita itu, pada awalnya dia hanya menyedari terdapat bau kurang menyenangkan sebelum mendapat tahu gadis berkenaan sering tidur tanpa mencuci solekan pada wajah.

Lebih mengejutkan, gadis tersebut menggunakan solekan yang sama ke tempat kerja pada keesokan harinya.

Bau busuk boleh mendatangkan keadaan tidak selesa orang sekeliling. -Gambar hiasan AIBau busuk boleh mendatangkan keadaan tidak selesa orang sekeliling. -Gambar hiasan AI

"Mula-mula dah macam hmm..ada bau eh. Terperasan habit dia suka tidur dengan mekap yang dipakai sepanjang hari.

"Kemudian terperasan lagi. Eh? Pergi kerja dengan mekap yang sama waktu dia tidur," kongsinya.

ARTIKEL BERKAITAN: Gadis IPT bertahan dapat roommate pengotor! Dah tegur tapi dengan jujur jawab ‘memang tak suka mengemas’

ARTIKEL BERKAITAN: Housemate pengotor tak pernah cuci baju, ‘berkubang’ atas sofa sampai tukar warna! Dah bertumbuk, maki tetap tak berubah

Jelas wanita itu, lebih menghairankan gadis tersebut juga tidak pernah mandi sebelum keluar pergi berkerja.

"Masuk bilik air pagi-pagi dua minit je, kemudian dia terus pergi (pejabat).

"Roommate dia mengadu, dia berus gigi pun tak ada kak. Kadang mekap yang Isnin, dia carry forward sampai Khamis," katanya.

Walaupun mengamalkan gaya hidup yang tidak mementingkan kebersihan, wanita itu mengakui rakan serumahnya itu tetap memiliki kulit yang cantik dan licin.

  • Wanita kongsi pengalaman tinggal dengan gadis tak jaga kebersihan.
  • Dia tidur dan pergi kerja dengan mekap sama berhari-hari.
  • Roommate dedah dia jarang mandi dan tak berus gigi.
  • Ada masanya mekap hari Isnin dibawa hingga Khamis tanpa cuci.
  • Netizen terkejut, anggap teman lelaki gadis itu sama pengotor.

Namun katanya, bau badan gadis tersebut agak kuat sehingga orang sekeliling terpaksa menahan nafas apabila berada dekat dengannya.

"Dia ada teman lelaki tau, cuma tertanya-tanya sama ada sikap aneh dia ni berpunca daripada didikan, trauma atau sememangnya dia tak pentingkan kebersihan.

“Saya harap dia sudah berubah sekarang. Risau juga kalau dah berkahwin dan ada anak tetapi masih berperangai begitu. Kesian pada anak,” katanya.

Tambahnya, gadis berkenaan masih muda ketika itu dan baru berhijrah dari kampung, justeru dia menjangkakan sikapnya mungkin ada kaitan dengan suasana atau keluarga yang tidak menekankan aspek kebersihan.

Reaksi warga mayaReaksi warga maya.

Sementara itu, netizen berpendapat kekasih gadis itu mungkin bersikap tidak mementingkan kebersihan, sama dengan teman wanitanya.

"Boyfriend dia mesti spesis sama. Benda ni pernah jadi depan mata saya, roommate saya badan berbau dah tegur tapi tak berubah. Bila terjumpa boyfriend dia rupanya sama juga berbau.

"Orang tak mandi dua, tiga hari tu wujud ye. Saya pernah ada dah roommate zaman belajar dulu pengotor ya rabbi," antara komen netizen.

 

Artikel Lain