PENYANYI Hazreen Amreena tidak menyangka penyertaannya dalam program realiti hiburan I Can See Your Voice (ICSYV) musim keenam menjadi pembuka rezeki apabila dilamar sebagai artis rakaman di bawah syarikat Shiha Zikir Empire.Hazreen, 29, berkata niat asalnya menyertai program tersebut hanya untuk mencuba nasib dan memenangi pertandingan, namun tidak menyangka penyertaannya turut menarik perhatian penyanyi Shiha Zikir. Kata Hazreen, dia terharu apabila bakatnya dihargai Shiha meskipun hanya berpeluang menyanyi dalam tempoh singkat menerusi program berkenaan."Niat saya masuk ICSYV untuk menang saja, tak tahu pula saya dah 'menang' hati Shiha. Hazreen mempertaruhkan single terbaharu berjudul Teruskanlah."Saya terharu juga sebab Shiha nampak bakat saya daripada program realiti itu. Padahal program itu saya menyanyi sekejap saja, tak lama pun. "Terima kasih banyak, saya memang terkejut dan takkan sia-siakan peluang ini. Umur saya pun bukanlah muda lagi. Saya perlu orang yang betul untuk bimbing dalam industri," katanya kepada mStar. Mengulas mengenai perjalanan kariernya, Hazreen berkata dia sedar bidang seni bukan laluan mudah dan memerlukan usaha serta pengorbanan yang besar.Kongsinya, ibu bapa turut berpesan supaya dia memberikan komitmen sepenuhnya terhadap kerjaya nyanyian yang dipilih berbanding bidang pekerjaan lain.ARTIKEL BERKAITAN: Shiha Zikir hilang ‘job‘ akibat hasad dengki, ada pihak cakap burukARTIKEL BERKAITAN: Staf Shiha Zikir lesap tak dapat dihubungi, guna kereta syarikat untuk tujuan peribadi"Ibu bapa saya dah pesan, saya sudah memilih jalan ini (menjadi artis) berbanding kerja lain. Kerjaya ini kita kena usaha lebih. Jadi mereka mahu saya buat yang terbaik. "Rezeki saya juga dapat keluarga yang sangat menyokong. Dari kecil saya menyanyi, belajar pun dalam fakulti muzik. Memang keluarga sokong dari awal hinggalah sekarang. "Rasa takut tu memang ada sebab saingan sekarang banyak tapi saya percaya rezeki. Saya kena teruskan usaha jangan mengalah. Insya-Allah apa yang saya korbankan sebelum ini akan membuahkan hasil," ujarnya. Dalam perkembangan lain, Hazreen baharu sahaja melancarkan single baharu berjudul Teruskanlah ciptaan sepenuhnya oleh Shiha. Hazreen dilamar Shiha (kanan) selepas program ICSYV musim keenam.Menurutnya, Teruskanlah bukan sekadar berkisarkan percintaan, sebaliknya mengangkat tema perjuangan dan pengorbanan dalam kehidupan."Lagu ini memang berbeza penceritaannya. Kalau sebelum ini saya hanya ada lagu cinta tapi kali ini ia membawa mesej tentang perjuangan dalam hidup. "Kita semua tahu, kita semua ada perjuangan dan pengorbanan tersendiri. Tipulah kalau tak ada rasa penat, rasa nak mengalah tapi tetap gagah teruskan kehidupan demi orang tersayang. "Insya-Allah lagu ini boleh memujuk dan memeluk hati semua yang sedang berhabis-habisan berjuang untuk kuat," katanya.