RESAM dalam menjalankan perniagaan, penyanyi Shiha Zikir memberitahu dia tidak terlepas daripada sikap hasad dengki segelintir pihak yang cuba menjatuhkannya.Kata Shiha atau Nurshiha Mohd Zikir, 39, ada pihak yang sanggup bercakap buruk tentang dirinya sehingga dia terlepas peluang mendapat tawaran kerja. "Baik dalam bidang nyanyian, berniaga, pengurusan acara atau apa juga yang kita lakukan, pasti ada beberapa pihak yang cuba reka cerita tidak benar demi menjatuhkan.Luahan Shiha di Threads. "Sekarang ini, saya aktif terlibat dengan perniagaan pengurusan acara, ada yang sanggup buat cerita supaya saya tak dapat job," katanya.Melihat dari sudut positif, Shiha percaya perkara itu merupakan satu cabaran untuk dia terus memperbaiki usaha dalam apa juga yang dilakukan.Malah menurutnya hasil kerja berkualiti lebih penting sebagai balasan terhadap kepercayaan yang telah diberikan.ARTIKEL BERKAITAN: Staf Shiha Zikir lesap tak dapat dihubungi, guna kereta syarikat untuk tujuan peribadi ARTIKEL BERKAITAN: Pengalaman hidup menyakitkan, Shiha Zikir pilih 'Mula' bersama Hafizul Faiz"Apa yang penting kita sudah buat yang terbaik untuk pihak yang telah beri kepercayaan. Percayalah pada rezeki tanpa menjatuhkan pihak lain," luahnya.Sementara itu Shiha turut berkongsi perkembangan terkini syarikat pengurusan miliknya yang aktif mencari bakat baharu dalam nyanyian.Sebagai yang berpengalaman, Shiha mahu membuka ruang kepada lebih ramai individu untuk menonjolkan bakat mereka terhadap dunia seni.Shiha buka peluang kepada lebih ramai individu serlahkan bakat. "Saya suka membantu orang yang betul-betul berbakat dan minat. Saya faham bagaimana rasanya apabila orang tak mahu tolong atau seseorang itu tak tahu cara untuk kejar impian."Saya akan buat uji bakat untuk mereka yang mahu tonjolkan bakat mereka. Boleh ikut perkembangan di laman sosial Shiha Zikir Empire untuk maklumat lanjut," kongsinya.Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube