PELAKON Elfira Loy menyifatkan pemergian Allahyarham ibu sebagai satu kehilangan besar dalam hidupnya.Bukan sahaja menjadi seorang ibu, malah kata Elfira, individu tersebut juga merupakan insan penting dalam kerjaya seninya sebelum ini. "Bukan sahaja kehilangan seorang ibu, kakak kehilangan teman baik, seorang yang menguruskan kerja, stylist, penasihat, penjaga dan yang paling penting satu-satunya orang yang faham kakak.Luahan Elfira di Instagram. "Siapa lagi yang boleh faham kakak, yang suka pendam dan tak bercakap ini selain mama," katanya dalam satu hantaran di Instagram.Ibunya iaitu Filzah Yusoff menghembuskan nafas terakhir pada Ahad selepas dilaporkan berada dalam keadaan kritikal dan ditidurkan susulan prosedur intubasi di hospital.Dalam hantaran sama, Elfira turut berkongsi detik sepanjang ibunya itu menerima rawatan di hospital berkenaan.ARTIKEL BERKAITAN: Ibu Elfira Loy meninggal dunia ARTIKEL BERKAITAN: Elfira Loy mohon doa, ibu ditidurkan sejak 14 hari lalu... “Mama akan menjalani prosedur besar“"Allah sayang mama. Allah tahu mama sayang kami dan nak kami senang. Allah tak tarik nyawa mama terus, Allah beri kami latihan setiap hari melawat mama dekat hospital tanpa boleh berborak."Hanya berbekalkan bacaan Yasin menjadi perbualan kita," luahnya.Ibu Elfira juga bertindak sebagai pengurus kerjaya seninya sebelum ini. Reda atas kehilangan ibu tercinta, pelakon ini dalam masa sama melihat ia sebagai satu pengakhiran yang bakal memberi makna mendalam buat dirinya."Kakak akan terus hidup dengan cinta yang mama ajarkan, dengan doa yang mama tinggalkan dan dengan Allah yang mama cintai sepenuh hati," ucapnya.Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube