PERTEMUAN semula dengan rakan persekolahan yang sudah lama tidak bersua sepatutnya menjadi momen indah untuk mengimbau kenangan serta mengeratkan semula ikatan silaturahim.Namun, keterujaan itu bertukar menjadi kekecewaan buat seorang lelaki warga emas apabila kehadirannya seolah-olah tidak dipedulikan, hanya kerana status pekerjaan dan perjawatan yang dimiliki.Kisah sayu itu dikongsikan oleh anaknya menerusi satu luahan di Threads, meluahkan rasa terkilan selepas mengetahui punca sebenar bapanya enggan menghadiri majlis pertemuan semula (reunion) berkenaan.Anak pasti berasa kecewa apabila mengetahui kesedihan ayahnya. -Gambar hiasan AI "Ayah aku ada reunion sekolah, seminggu sebelum tu memang nampak dia teruja sangat sebab dah lama tak jumpa kawan-kawan."Masing-masing berhubung dalam kumpulan WhatsApp. Jadi malam sebelum hari reunion tu, mereka buat makan-makan dan majlis bacaan Yasin."Dalam fikiran aku mesti ayah akan balik lambat sebab nak bersembang dengan kawan-kawan tapi pukul 10 malam dia dah sampai rumah sedangkan jarak perjalanan lebih kurang 40 minit," luahnya di Thread.Anaknya menambah, walaupun mula berasa hairan dengan perubahan sikap bapanya malam itu, dia tetap menyediakan serta menyeterika baju khas untuk majlis berkenaan memandangkan warga emas berkenaan antara individu terawal yang teruja mengambil baju tersebut.Namun, keesokan harinya bapanya mula menunjukkan rasa kurang berminat untuk hadir ke acara kemuncak itu.Seorang lelaki teruja menghadiri reunion sekolah selepas sekian lama tidak bertemu rakan-rakan.Namun, dia pulang awal daripada acara makan-makan dan bacaan Yasin pada malam sebelum reunion.Keesokan harinya, dia enggan hadir meskipun baju khas untuk majlis itu sudah diseterika anaknya.Anaknya menangis apabila terdengar si ayah meluahkan rasa dipinggirkan, mendakwa rakan berpangkat dan berkerjaya besar kurang melayannya.Netizen bersimpati dan menegaskan reunion sepatutnya mengeratkan persahabatan tanpa mengira pangkat atau pekerjaan.Ringkasan ini dijana oleh AI"Masa jam pukul 10 pagi, ayah aku tak bersiap lagi. Aku pun tanya, ayah cakap yang dia tak mahu pergi sebab malas," kongsinya lagi.Misteri perubahan sikap bapanya akhirnya terbongkar apabila si anak terdengar perbualan telefon antara bapanya dengan salah seorang rakan sekolah.Rupanya, bapanya berasa disisihkan ketika majlis perjumpaan malam sebelumnya disebabkan perbezaan latar belakang kerjaya."Tengah aku kemas rumah, kawan ayah aku hubungi dia. Aku terdengar yang ayah cakap... tak pergi hari ini sebab semalam pergi tak ada yang nak berbual."Apabila tegur masing-masing layan tak layan, yang lain pencen kerajaan dan kerja besar. Aku yang terdengar terus menangis," luahnya sayu.ARTIKEL BERKAITAN: Kawan ‘terpaling’ hebat! Serik ke majlis reunion, rupanya ramai toksik... Bukan nak jumpa sangat tapi bangga canang pencapaianARTIKEL BERKAITAN: Gara-gara reunion, pasangan warga emas bercerai... Cinta zaman sekolah kembali mekar - "Bayangkan dah ada cucu"Kecewa dengan nasib yang menimpa bapanya, dia berpandangan penganjur atau individu yang hanya mahu bersembang dengan kelompok berprofil tinggi tidak sepatutnya menganjurkan reunion sekolah.Perkongsian itu menarik simpati ramai warga maya yang rata-ratanya mengecam sikap pentingkan darjat dalam sesebuah perjumpaan alumni."Aku tak suka reunion ni sebab dalam grup pun dah tunjuk berlagak dan paling kaya berjaya. Lebih baik buat perjumpaan grup kecil saja."Kesian ayah awak, sepatutnya semua 'kembali' ke usia 17 tahun balik tanpa pangkat supaya seronok berbual."Reunion sekolahlah yang merosakkan arwah ayah mentua saya, semua konon jadi muda balik, ada makcik pakai baju sekolah terlentok di bahu kawan lelaki," demikian reaksi netizen.