PELAKON Datin Intan Najuwa akhirnya bakal mengubati kerinduan peminat apabila dia bersetuju menerima satu tawaran berlakon.Menerusi satu hantaran ringkas di Threads, Intan atau Intan Najuwa Abdul Wahid, 29, turut meluahkan rasa teruja untuk kembali ke lokasi penggambaran. "Selepas tiga tahun tidak berlakon, saya akhirnya berkata setuju untuk sebuah projek baru.Intan bakal kembali menjalani penggambaran. "Sedikit gementar, tetapi sangat teruja untuk kembali," ujarnya.Hantaran tersebut mendapat pelbagai reaksi dalam kalangan peminat yang rata-rata meluahkan rasa rindu untuk melihat lakonan Intan.Malah, tidak kurang juga yang mengingatkan kembali beberapa drama lakonan Intan sebelum ini.Antara menarik perhatian adalah komen balas pelakon dan pengarah Aziz M Osman yang turut memuji komitmen Intan sebagai anak seni.ARTIKEL BERKAITAN: Bukan sebab sakit, Intan Najuwa guna khidmat jururawat 24 jam bantu jaga anak ARTIKEL BERKAITAN: Intan Najuwa rindu berlakon, beri bayangan kembali aktif selepas bersalin anak kedua"Salah seorang pelakon yang berbakat dan sangat mudah bekerjasama," balasnya di ruangan komen.Sebelum ini, Intan pernah memberi bayangan akan kembali aktif berlakon selepas melahirkan anak kedua.Untuk info, Intan mula memperlahankan aktiviti lakonan selepas mendirikan rumah tangga pada Ogos 2023 bagi memberi tumpuan kepada keluarga selain menguruskan perniagaannya.Intan sebelum ini memperlahankan kerjaya seni demi memberi fokus kepada keluarga. Intan mendirikan rumah tangga dengan usahawan Datuk Ahmad Azraf Azman pada Ogos 2023.Mereka dikurniakan dua orang cahaya mata iaitu Imane Lunara, 2, dan Imane Laudya yang dilahirkan pada Ogos lalu.