PELAKON Datin Intan Najuwa tidak menolak untuk kembali aktif dalam kerjaya seni selepas melahirkan cahaya mata kedua. Intan atau Intan Najuwa Abdul Wahid, 29, mengakui dia merindui kerjaya seni selepas sekian lama memberi tumpuan kepada keluarga dan kehidupan peribadi. Katanya, dia tidak menutup peluang untuk kembali berlakon, namun akan memilih naskhah yang benar-benar berkualiti sebagai langkah kemunculan semula.Peminat sudah rindu untuk melihat lakonan Intan. "Sudah tentu saya rindu untuk muncul di layar. Insya-Allah selepas anak kedua saya lahir, saya akan kembali berlakon dan memilih projek yang terbaik untuk kemunculan semula," katanya. Intan berkongsi perkara itu sebagai respons terhadap soalan pengikut di Instagram yang menyatakan kerinduan untuk melihat dia kembali berlakon.Dalam hantaran dibuat, seorang pengguna media sosial bertanya sama ada Intan sudah tidak merancang untuk meneruskan kerjaya lakonan, sambil memuji lakonannya dalam drama Jesnita.ARTIKEL BERKAITAN: Intan Najuwa hamil anak keduaARTIKEL BERKAITAN: Intan Najuwa terima nasihat pakar sakit puan, tiada masalah hamil anak kedua… Sudah pulih selepas bersalin secara pembedahanUntuk rekod, Intan mendirikan rumah tangga dengan usahawan Datuk Ahmad Azraf Azman pada Ogos 2023.Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan seorang cahaya mata iaitu Imane Lunara yang kini berusia dua tahun. Pada Februari lalu, Intan berkongsi khabar gembira apabila disahkan hamil anak kedua. Sejak berkahwin, Intan dilihat tidak lagi aktif dalam dunia lakonan dan lebih memberi fokus kepada keluarga serta perniagaan kedai minuman miliknya.Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTubeTONTON VIDEO PILIHAN!