BEKAS isteri pelawak Shuk Sahar, Fara Salleh menuntut bekas suaminya menyelesaikan bayaran pendaftaran tahunan taska anak mereka, Elaine Nada berjumlah RM1,540.Fara, 34, berkata dia tidak meminta jumlah yang besar dan sanggup menanggung baki kos pendaftaran tersebut jika Shuk melunaskan bayaran itu. Menurut Fara, dia perlu segera mendaftarkan anak mereka kerana bimbang tempat di taska berkenaan penuh selain ia merupakan pilihan paling murah di kawasan kediamannya.Fara (kanan) mendakwa menganggung sebahagian besar keperluan anak."Kepada Shukri Sahar, tak minta banyak pun. Minta selesaikan bil pendaftaran tahunan Nada saja RM1540 selebihnya biar aku tambah. "Kalau lambat daftar nanti taska penuh. Lagi pun ini saja tempat yang paling murah. Kawasan sini pendaftaran dan bulanan mahal. "Tahun lepas Nad masuk bulan November dan sekarang playschool dia nak tutup," katanya. Fara berkongsi perkara itu menerusi sebuah hantaran yang dimuat naik di Instastory miliknya pada Selasa. Dalam pada itu, Fara turut mendakwa dia menanggung sendiri segala keperluan anak mereka termasuk pakaian, makanan dan minuman tanpa meminta bantuan kewangan daripada Shuk.ARTIKEL BERKAITAN: Fara Salleh dakwa Shuk Sahar culas nafkah anak, terpaksa tanggung RM2,000… “Minta RM400 sebulan pun kena tagih”ARTIKEL BERKAITAN: Fara Salleh buat tiga kerja demi kelangsungan hidup… “Orang nak kata apa pun lantaklah”Kata Fara, dia terpaksa bersuara mengenai bayaran taska kerana perlu bekerja bagi menyara kehidupan mereka."Bukannya minta duit pergi jalan jimba (berseronok), aku jalan jimba bawa Nada pun tak pernah minta satu sen dari kau. Nada sakit demam pun satu sen tak bagi. "Baju Nada, makan minum semua aku cover tanpa aku merentan (merungut). Tapi untuk taska ini ya aku kena bersuara sebab aku kena kerja. "Kalau aku duduk rumah jaga Nada macam mana aku nak kerja?" ujarnya. Berkongsi lebih lanjut, Fara turut membangkitkan mengenai majlis akikah anak mereka yang dikatakan pernah dibincangkan pada Ogos lalu.Kongsinya, Shuk ketika itu memaklumkan tidak mempunyai wang untuk mengadakan majlis berkenaan yang sepatutnya berlangsung pada September.Fara perlu menghantar anak ke taska kerana perlu bekerja."Bulan Ogos aku ada mesej kau untuk akikah Nada pada September. Tapi kau kata tak ada modal, sekarang dah bulan November masih tak ada modal untuk akikah anak? "Dah tak mampu ke nafkahkan Nada? Aku jaga Nada 24 jam tanpa gagal. Aku beri Nada segalanya. Bahagian kau cuma aku minta selesaikan yuran tahunan Nada saja. Kerja mudah," katanya. Untuk rekod, Shuk atau Mohamad Shukri Sahar, 40, menikahi Fara pada November 2023 di Thailand. Shuk bagaimanapun melafazkan cerai talak satu terhadap Fara menerusi panggilan telefon pada April 2025. Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan seorang cahaya mata perempuan iaitu Nada yang kini berusia dua tahun.