suria

Fara Salleh buat tiga kerja demi kelangsungan hidup… “Orang nak kata apa pun lantaklah”

Fara belum sedia tinggalkan anak sepenuh masa.

ISTERI kepada pelawak terkenal, Shuk Sahar iaitu Fara Salleh sanggup melakukan tiga jenis pekerjaan demi kelangsungan hidup bersama anak perempuan, Elaine Nada.

Fara, 33, berkata selain bekerja sebagai live host di TikTok, dia juga menjual tudung dan menerima tempahan puding roti yang dibuat sendiri bagi menambah pendapatan harian.

“Saya buat tiga kerja. Terima tawaran sebagai live host sebab bayaran agak bagus dan tempat kerja pula dekat dengan rumah, hanya 10 minit dari taska anak.

Fara terus kuat besarkan anak seorang diri.

“Kalau buat puding roti pula, saya ambil tempahan hujung minggu sebab masa itu adik boleh tolong tengokkan anak. Nak kerja tetap tak berani lagi sebab anak masih kecil,” katanya ketika dihubungi mStar.

Menurut Fara, walaupun Shuk masih memberi nafkah buat anak mereka, jumlahnya tidak mencukupi untuk menampung kos kehidupan seharian.

“Ada bagi, tapi memang tak cukup. Susu dan lampin anak sekarang mahal, belum masuk bayaran taska RM700 sebulan.

ARTIKEL BERKAITAN: Fara Salleh bengang dituduh minta sedekah, menangis sebab anak kena hina... Dedah peti ais kosong masa hamil

ARTIKEL BERKAITAN: Fara Salleh kecewa Shuk Sahar gagal hadir ke proses siasatan pengesahan cerai

“Anak saya kuat menyusu, saya pun kena sediakan kos perubatan juga,” ujarnya.

Dalam pada itu, Fara mengakui dia kini lebih bahagia dengan kehidupannya walaupun ada segelintir pihak menyangka dia sedang melalui kesusahan.

“Sekarang ini asal halal, orang nak cakap apa pun lantaklah. Saya ada komitmen yang perlu dibayar setiap bulan.

Mungkin ada yang nak tengok kita terus jatuh.

FARA SALLEH

ISTERI SHUK

“Saya kerja dengan bayaran yang dipersetujui, bukan tangkap muat. Selagi saya tak kacau orang atau mengata sesiapa ketika live, saya tak peduli kalau ada yang nak kecam.

“Kadang-kadang orang sakit hati bila nampak kita okay. Mungkin ada yang nak tengok kita terus jatuh,” katanya lagi.

Sebelum ini, seorang pengguna Threads meluahkan rasa simpati kepada Fara selepas melihat wanita itu berniaga pelekat pakaian di platform TikTok.

Ramai luah simpati Fara jual pelekat di TikTok.

Untuk rekod, Fara mendirikan rumah tangga dengan Shuk pada November 2023 di Thailand.

Bagaimanapun, lafaz cerai yang didakwa dibuat oleh Shuk pada April lalu masih belum diputuskan oleh mahkamah.

Pasangan ini dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Elaine Nada, yang dilahirkan pada 26 Jun lalu.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain