suria

Kecoh wujud dakwaan orang ketiga, Bella akhirnya bersuara… Tiada istilah ‘sondol-menyondol’

PELAKON dan penyanyi Bella Astillah akhirnya tampil menjelaskan mengenai dakwaan berlaku perselisihan faham antara dia dengan salah seorang kakitangan jenama yang diwakilinya.

Bella atau nama sebenarnya Dayang Nabellah Awang Astillah, 31, berkata kekecohan yang tercetus sebelum ini berpunca daripada tindakan segelintir netizen yang menyerang tanpa usul periksa.

“Ahamdulillah kami sudah dapat selesaikan perkara ini dengan baik. Sebenarnya tiada perkara yang tidak baik seperti yang digembar-gemburkan.

Antara foto yang dikongsikan Bella bersama individu terlibat.

“Semua ini berlaku sebab ada segelintir pihak yang memulakan panggilan tidak sepatutnya terhadap Ami dan kemudian yang lain turut sama mengecam tanpa menyiasat terlebih dahulu," katanya.

Bella berkongsi perkara itu menerusi Instagram miliknya yang memaparkan fotonya bersama individu berkenaan serta ibu kepada Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq iaitu Sharifah Mahani Syed Abdul Aziz.

Tegas Bella, tiada orang ketiga seperti yang didakwa dikecohkan di media sosial malah kakitangan berkenaan juga sudah dimiliki.

“Tidak ada istilah ‘sondol-menyondol’ kerana dia pun sudah bersama dengan #BASS sejak awal lagi (dan dia pun bukan single ya),” katanya lagi.

ARTIKELBERKAITAN: Kecoh wujud orang ketiga sebagai penghalang, peminat syukur Syed Saddiq masih intim dengan Bella… “Kalau hargai jadikan dia rasmi”

ARTIKELBERKAITAN: Bella Astillah mahu Afgan ‘perform’ di majlis perkahwinan… “Laju je jawab, adakah ini hint?”

Dalam masa sama, Bella turut meminta agar netizen menghentikan kecaman terhadap individu bernama Kak Tasha yang menurutnya tidak terlibat secara langsung dalam isu tersebut.

“Saya juga minta hentikan kecaman terhadap Kak Tasha sebab perkara ini sudah melibatkan ahli keluarga. Ia sangat tidak adil kerana mereka tiada niat jahat pun.

“Jadi marilah kita semua teruskan ke depan dan bersikap baik sesama manusia. Kami semua baik-baik sahaja,” ujarnya.

Bella minta peminat BASS bertenang.

Sebelum ini, kecoh di media sosial apabila timbul dakwaan hubungan Bella bersama Syed Saddiq kini sedang diganggu orang ketiga yang dikatakan rapat dengan mereka. 

Isu ini mula hangat di laman Threads apabila peminat mendakwa ibu Syed Saddiq, lebih menyukai wanita berkenaan.

Lebih menguatkan andaian itu, apabila Sharifah Mahani dikatakan kerap memuat naik foto bersama wanita terbabit.

Terdahulu, Bella dan Syed Saddiq dikatakan semakin rapat selepas mereka serasi bergandingan mewakili beberapa jenama namun masing-masing hanya mengakui tidak lebih daripada kawan.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain