PELAKON Bella Astillah memilih penyanyi dari Indonesia, Afgan untuk membuat persembahan pada hari bahagia sekiranya dia bakal mendirikan rumah tangga.
Perkara itu dikongsikan Bella dalam satu hantaran yang dimuat naik seorang pengguna Threads yang bertanya siapa gerangan selebriti pilihan akan diundang untuk membuat persembahan pada majlis tersebut.
“Kalau majlis perkahwinan kalian nanti, kalian boleh pilih seorang artis untuk datang menyanyi siapa yang anda akan pilih?,” tulisnya.

Komen Bella raih perhatian ramai.
Perkongsian itu bagaimanapun menarik perhatian Bella yang meninggalkan komen dengan menyebut nama Afgan.
Komen tersebut pantas mencuri perhatian ramai yang mendakwa Bella seolah-olah memberi bayangan bakal melangsungkan perkahwinan tidak lama lagi.
“Wahh, macam dah ada bau majlis.
“Laju Bella jawab. Dah tempah Afgan belum?
ARTIKEL BERKAITAN: Bella Astillah bawa keluarga ke Perancis guna duit simpanan… “Tak sanggup mahu berseronok sendiri”
ARTIKEL BERKAITAN: Momen Bella Astillah, anak dan Syed Saddiq di Nice curi perhatian, dipuji macam ‘family goals’… “Okay sempurna, sekarang dah boleh kahwin”
“Laju Bella. Tak lama lagi ke tu.
“Laju je jawab. Adakah ini hint,” komen netizen
Dalam masa sama, terdapat juga peminat yang mendoakan agar hubungan rapat Bella bersama Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq kekal ke jinjang pelamin.

Antara komen netizen yang luahkan rasa teruja.
Terdahulu, keakraban Bella dan ahli politik berkenaan diperkatakan ramai selepas mereka semakin intim sehingga mencetuskan spekulasi percintaan.
Gandingan pasangan terbabit untuk beberapa projek selain hadir berdua di pelbagai majlis membuatkan nama BASS atau Bella Astillah-Syed Saddiq tular dalam media sosial.
Biarpun tidak memberi sebarang pengesahan tentang dakwaan bercinta, keluarga kedua-dua personaliti popular itu memberikan restu andai gosip membabitkan mereka benar.
Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube


