suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

“Aku hanya tak berminat“ - Syuk tolak permintaan Tomok kembali sertai New Boyz

Syuk (kini) membalas pelawaan Tomok.

BEKAS anggota kumpulan New Boyz iaitu Syuk tampil membalas pelawaan vokalisnya, Tomok, untuk dia sama-sama hadir dalam sebuah konsert yang dijadualkan berlangsung pada 5 Disember di Singapura.

Menerusi satu hantaran ringkas, Syuk yang juga merupakan pemain bes kumpulan tersebut secara baik menolak permintaan Tomok.

"Aku hanya tak berminat nak sertai. Terima kasih kerana jemput untuk sertai konsert.

Tomok sebelum ini berharap Syuk dapat sertai konsert New Boyz. 

"Aku doakan New Boyz berjaya selalu dan konsert berjalan lancar," katanya dalam satu hantaran di TikTok.

Menerusi perkongsian tersebut juga, Syuk menjelaskan situasi bahawa dia tidak pernah merajuk selepas meninggalkan kumpulan New Boyz.

Malah, dia juga menyebut tidak wujud sebarang perselisihan faham antara mereka.

ARTIKEL BERKAITAN: Tomok mohon bantuan cari Syuk New Boyz, dah berbelas tahun putus hubungan 

ARTIKEL BERKAITAN: “Banyak benda nak luah” - Tomok teringin Syuk sertai konsert New Boyz, 16 tahun hilang khabar

"Aku tak merajuk dan kita tak bergaduh pun," ujarnya.

Tomok dalam satu hantaran di media sosial sebelum ini meminta orang ramai untuk mencari rakannya itu selepas berbelas tahun tidak berhubung.

Tomok bersama anggota asal New Boyz. 

Ketika ditemu bual, Tomok juga berharap Syuk dapat menyertai dia bersama anggota New Boyz lain sebagai mengubati rindu peminat dalam konsert mereka nanti.

Untuk rekod, Syuk merupakan anggota asal kumpulan New Boyz yang bertindak sebagai pemain bes.

Artikel Lain