suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Johan Aziz, bekas pengurus Slam meninggal dunia

Nama Johan dikenali dalam kalangan penggiat seni.

BEKAS pengurus kepada kumpulan Slam dan Exists iaitu Johan Aziz dilaporkan meninggal dunia pada Ahad. 

Allahyarham menghembuskan nafas terakhir pada pukul 12.20 tengah hari tadi di kediamannya di Ampang Jaya, Selangor pada usia 61 tahun.

Johan sebelum ini disahkan menghidap kanser usus pada 2018 sebelum didiagnos dengan kanser tulang pula. 

Johan telah menaikkan kerjaya kumpulan Slam. 

Pada Jun lalu, keadaan Johan dikatakan kritikal dan menerima rawatan di Hospital Canselor Tuanku Muhriz UKM (HCTM). Kuala Lumpur. 

Keadaannya kemudian dilaporkan kembali stabil dan dibenarkan pulang. 

ARTIKEL BERKAITAN: Kamarool Yusoff meninggal dunia akibat masalah jantung 

ARTIKEL BERKAITAN: Joey BPR meninggal dunia

Johan merupakan salah seorang individu penting yang menubuhkan kumpulan Slam sekitar 1993. 

Allahyarham juga berperanan menaikkan nama Slam ketika awal kemunculan kumpulan itu dalam industri seni. 

Sebelum menubuhkan Slam, Johan juga bertindak sebagai pengurus kumpulan Exists. 

Jenazah dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Ukay Perdana, Ampang Jaya, Selangor. 

Artikel Lain