suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Bapa melawan, bantah doktor minta anak remaja buat ujian darah sebab kerap MC... Sekali pujuk rupanya hidap leukemia!

Pemeriksaan kesihatan yang teliti boleh membantu mengesan penyakit lebih awal dan rawatan bersesuaian dapat diberikan dengan lebih cepat. -Gambar hiasan AI

KERAP mengambil cuti sakit (MC) mungkin dianggap perkara biasa bagi sesetengah individu, apatah lagi jika hanya mengalami gejala seperti keletihan dan mual. 

Namun, siapa sangka di sebalik gejala remeh itu, tersembunyi penyakit serius yang langsung tidak dijangka.

Itulah yang berlaku kepada seorang remaja apabila kunjungannya ke klinik untuk mendapatkan sekeping surat cuti sakit akhirnya membawa kepada penemuan mengejutkan.

Menerusi satu perkongsian di media sosial, seorang doktor menceritakan detik remaja berkenaan hadir ke kliniknya dengan ditemani si bapa selepas mengadu tidak bermaya dan mual.

Ibu bapa disarankan untuk lebih peka dengan masalah kesihatan yang dihadapi oleh anak mereka. -Gambar hiasan AI

"Remaja tu datang ditemani bapa untuk minta MC. Apabila tanya simptom, dia beritahu cuma rasa tak larat dan mual. Clinically nampak stabil, tapi pucat sikit. 

"Tengok rekod, ini kali kedua datang untuk MC dengan simptom tak spesifik. Apabila tanya lanjut, rupanya selalu MC hampir setiap bulan," kongsi doktor berkenaan.

Keadaan itu mendorong doktor tersebut mencadangkan ujian darah lengkap atau Full Blood Count (FBC) bagi memeriksa paras hemoglobin (HB) dan komponen darah yang lain.

ARTIKEL BERKAITAN: Rakan sepejabat kerap MC, wanita penat tanggung beban kerja... Dulu simpati sebab alami masalah mental, sekarang mula rasa ‘annoying’

ARTIKEL BERKAITAN: “Bukan salah saya kamu sakit perut” - Wanita terkilan doktor KK kedekut MC, tak layan alasan kerap masuk tandas!

Bagaimanapun, cadangan tersebut pada awalnya dibantah bapa remaja berkenaan yang beranggapan anaknya hanya memerlukan rehat untuk kembali pulih seperti biasa.

Namun, selepas dipujuk, remaja itu dan bapanya akhirnya bersetuju menjalani ujian berkenaan.

  • Seorang doktor berkongsi kisah seorang pesakit muda yang kerap mengambil MC kerana keletihan dan mual.
  • Dia mencadangkan ujian darah selepas mendapati remaja itu kelihatan pucat.
  • Keputusan ujian darah mendapati remaja itu mengalami anemia dan paras sel darah putih terlalu tinggi.
  • Remaja berkenaan kemudiannya disahkan menghidap leukemia.
  • Doktor itu menasihatkan orang ramai supaya tidak memandang ringan masalah kesihatan.

"Ada sesetengah penyakit tak dapat dilihat dengan mata kasar, perlu pemeriksaan lanjut seperti ujian darah, x-ray, air kencing dan sebagainya.

"Berbalik pada adik ni, akhirnya setuju ambil darah. Dan keputusannya? Anaemia tu betul. Tapi lebih merisaukan sel darah putih dia terlampau tinggi.

"Daripada tandatangan sekeping MC, terpaksa sampaikan berita buruk dan tandatangan surat rujukan. Adik ni kemudiannya disahkan menghidap leukemia," cerita doktor tersebut.

Berkongsi lebih lanjut, doktor tersebut berkata, pesakit berkenaan sudah menjalani prosedur pemindahan sumsum tulang sebagai sebahagian daripada rawatannya.

"Pengajarannya, jika anda berasa tidak sihat, sila dapatkan pemeriksaan kesihatan dan lakukan ujian darah jika perlu. 

"Jangan buat diagnosis sendiri. Paling penting, jangan bertengkar atau berkeras dengan doktor anda," akhirinya.

Artikel Lain