suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Sultan Selangor disahkan gering Influenza A, dua istiadat Jubli Perak terpaksa ditangguh

Baginda mengalami demam panas serta lemah anggota badan sejak Jumaat.

SULTAN Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah disahkan gering akibat jangkitan Influenza A susulan mengalami demam panas serta lemah anggota badan sejak pagi Jumaat.

Baginda yang kini beransur pulih bagaimanapun masih mengalami demam dan dinasihatkan oleh pakar perubatan untuk berehat sepenuhnya selama lima hingga tujuh hari.

Menurut kenyataan rasmi Istana Alam Shah, jangkitan berkenaan disahkan oleh dua doktor peribadi yang merawat Baginda, Datuk Dr Anuar Onah dan Datuk Dr Tan Hui Meng, selepas gejala awal mula dikesan pada 30 Oktober.

"Berdasarkan penilaian mereka, Baginda berkemungkinan mendapat jangkitan ketika menghadiri majlis keramaian dan berinteraksi dengan orang ramai, termasuk di kawasan terbuka.

"Alhamdulillah, keadaan kesihatan Baginda kini beransur pulih, namun Baginda masih mengalami demam," menurut kenyataan itu pada Sabtu.

Bagi membolehkan Baginda pulih sepenuhnya, kedua-dua doktor turut menasihatkan supaya Baginda tidak menghadiri sebarang majlis sepanjang tempoh berkenaan.

Susulan keadaan kesihatan Baginda, dua istiadat sempena Sambutan Jubli Perak Pemerintahan Sultan Selangor yang dijadualkan berlangsung pada Ahad terpaksa ditangguhkan.

Istiadat Menjunjung Duli dan Istiadat Pengurniaan Darjah Kebesaran Negeri Selangor itu dijadualkan semula pada 7 November.

"Semua pihak yang terlibat dimohon mengambil maklum mengenai perubahan tarikh tersebut. Kerjasama dan perhatian semua pihak amat dihargai," tambahnya.

Dalam pada itu, orang ramai turut diseru mendoakan agar Baginda dikurniakan kesembuhan segera serta kesihatan dan kesejahteraan yang berpanjangan.

Artikel Lain