suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Makin ‘glowing’ lepas berpisah... Kajian dapati kesihatan wanita terjejas, kecantikan memudar jika terus bersama pasangan toksik!

Hubungan toksik boleh memberi kesan terhadap fizikal wanita. -Gambar hiasan AI

PERNAHKAH anda menyedari perubahan fizikal yang ketara ketika terperangkap dalam hubungan cinta toksik? 

Hubungan dengan pasangan toksik sebenarnya boleh menyebabkan tubuh sentiasa berada dalam keadaan berjaga-jaga untuk menghadapi tekanan.

Menurut pakar bedah plastik dan rekonstruktif bertauliah di New York City, Lara Devgan, keadaan yang penuh tekanan boleh membebankan fizikal seseorang.

"Kadangkala, langkah paling berkesan untuk memperbaiki penampilan ialah menyingkirkan perkara yang membuatkan anda keletihan, sama ada pasangan yang tidak baik atau perkara lain," katanya.

Menurut pakar dermatologi bertauliah dan pengasas Center for Mind Skin Medicine, Keira Barr pula, peningkatan hormon kortisol dan isyarat keradangan dalam tubuh merupakan antara faktor utama yang menjejaskan penampilan.

Tahap hormon stres yang tinggi boleh menyebabkan kulit lebih mudah berjerawat, sensitif dan mengalami dehidrasi, selain kelihatan kusam.

Segelintir wanita berubah menjadi lebih cantik selepas bercerai. -Gambar hiasan AI

Selain masalah kulit, tekanan berpanjangan juga boleh menjadi punca keguguran rambut. 

Fakta perubatan ini turut disokong oleh kajian yang diterbitkan pada 2023 oleh Howard University, University of Montréal dan Montréal’s Mental Health University Institute.

Pemerhatian klinikal terhadap ribuan pasangan selama empat tahun mendapati wanita menanggung beban tekanan fisiologi yang jauh lebih besar akibat tingkah laku pasangan mereka.

Proses pemulihan selepas perpisahan

Keputusan untuk menamatkan hubungan boleh memberikan ruang yang diperlukan oleh tubuh untuk berehat dan pulih daripada tekanan berpanjangan.

Seseorang boleh kembali memberi perhatian kepada pengambilan nutrisi, corak tidur dan rutin penjagaan kulit secara konsisten. 

Melayan diri dengan lebih baik selepas sekian lama berada dalam hubungan yang membebankan juga boleh membantu tubuh kembali ke keadaan yang lebih tenang.

Selepas berpisah, wanita juga sering melaporkan mereka mempunyai lebih banyak tenaga berbanding ketika masih berada dalam hubungan tersebut.

Artikel Lain