suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Elak menyesal seumur hidup... Ini 3 cara paling senang untuk pilih warna pakaian nikah, sanding

Pemilihan warna yang salah boleh menyebabkan pengantin kelihatan 'tenggelam' dan kusam. -Gambar hiasan AI

DI Malaysia, busana tradisional seperti baju Melayu, kebaya dan songket masih menjadi pilihan ramai pasangan untuk majlis perkahwinan. 

Namun, dengan pelbagai pilihan yang tersedia, ada kalanya bakal pengantin pening kepala untuk menentukan warna bersesuaian.

Bagi mengelakkan kesilapan pemilihan warna, terdapat beberapa perkara boleh dipertimbangkan sebelum membuat pilihan. 

Berikut ialah tiga tip ringkas memilih warna busana pengantin agar kedua-duanya tampil menawan pada hari istimewa.

Putih sering menjadi pilihan warna selamat untuk majlis akad nikah. -Gambar hiasan AI

1. Pilih warna yang saling melengkapi

Tidak semestinya kedua-dua pengantin perlu memakai warna yang sama sepenuhnya. Sebaliknya, pilih warna saling melengkapi supaya penampilan mereka kelihatan harmoni.

Sebagai contoh, jika pengantin perempuan memilih baju kurung songket berwarna maroon, pengantin lelaki boleh mengenakan baju Melayu dalam rona sama atau warna neutral seperti krim dan hitam.

Padanan warna yang sesuai bukan sahaja menyerlahkan penampilan pasangan ketika bersanding, malah menjadikan gambar perkahwinan kelihatan lebih menarik.

2. Sesuaikan dengan tema majlis

Tema perkahwinan juga boleh dijadikan panduan dalam menentukan warna busana pengantin.

Jika mengadakan majlis dengan konsep tradisional Melayu, warna seperti emas, maroon, hijau zamrud dan biru diraja boleh memberikan sentuhan klasik serta elegan, terutama apabila dipadankan dengan kain songket.

Bagi pasangan yang menggemari konsep moden dan minimalis, warna pastel seperti dusty pink, sage green, biru lembut atau beige boleh menjadi pilihan.

Sementara itu, warna putih dan krim pula sesuai untuk mereka yang mahukan penampilan ringkas, bersih dan anggun.

Pastikan warna busana turut sesuai dengan dekorasi pelamin supaya keseluruhan penampilan kelihatan lebih tersusun.

3. Pertimbangkan lokasi dan waktu majlis

Lokasi serta waktu majlis juga boleh mempengaruhi pemilihan warna pakaian.

Untuk majlis pada waktu siang, khususnya di kawasan terbuka, warna cerah seperti putih, krim, champagne dan pastel boleh memberikan penampilan yang segar.

Bagi majlis pada waktu malam atau di dalam dewan, warna lebih pekat seperti navy, maroon, hijau zamrud dan ungu diraja boleh menyerlahkan penampilan pengantin.

Artikel Lain