suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Proton Wira terbabas rempuh pokok… Remaja 16 tahun maut, lima  lagi cedera

Sebuah Proton Wira terbabas sebelum merempuh sebatang pokok. -Gambar JBPM Johor

SEORANG remaja lelaki berusia 16 tahun maut manakala lima lagi cedera selepas kereta Proton Wira dinaiki mereka terbabas sebelum merempuh pokok berhampiran Surau Kampung Jalan Baru, Simpang 5 di Batu Pahat, Johor pada malam Jumaat.

Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Batu Pahat, Pegawai Bomba Kanan I (PBK I) Zulmazi Ariffin berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada pukul 10.16 malam.

Menurutnya, seramai 13 anggota dikerahkan ke lokasi dengan sebuah jentera Fire Rescue Tender (FRT) dan dua unit Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) bagi menjalankan operasi menyelamat.

“Mangsa lelaki berusia 16 tahun, Putera Muhaimin Qudrat Mohd Noor Wandi, disahkan meninggal dunia di tempat kejadian oleh pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

“Lima lagi mangsa dihantar ke hospital menggunakan jentera EMRS, ambulans KKM dan ambulans Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM),” katanya dalam satu kenyataan.

Lima mangsa yang cedera ialah Puteri Nur Fairuza Balqis Mohd Noorwandi, 15; Nor Azlan Shaharudin, 27; Putera Khairunas Mohd Noor Wandi, 11; Putera Aidin Firdaus Mohd Noor Wandi, tiga; dan Rahmah A Rahim, 26.

Operasi menyelamat ditamatkan pada pukul 1.07 pagi selepas semua mangsa diserahkan kepada pihak berkaitan untuk tindakan lanjut.

Artikel Berikut

DUN Sarawak bubar mulai Isnin

Artikel Lain