suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Tamat belajar di UK, Yana muncul semula sebagai penyanyi ‘indie‘

Yana rancang showcase untuk peminat.

KEMBALI mewarnai industri muzik tempatan, penyanyi Yana yang sebelum ini dikenali dengan nama pentas Shalma Eliana, tampil dengan lagu baharu berjudul Keliru.

Menerusi lagu ciptaan sendiri sepenuhnya, Yana, 26, berkongsi pengalaman peribadi mendalami pemahaman terhadap diri termasuk perjalanan bergelar artis.

"Bagi saya, lagu ini bukan tentang berputus asa apabila fikiran terasa begitu berat, tetapi tentang mengakui perasaan itu sebagai sebahagian daripada perjalanan hidup.

Yana mulakan langkah baharu sebagai artis indie. 

"Saya berharap lagu ini dapat membuatkan pendengar rasa dilihat, didengari dan tidak keseorangan dalam menghadapi ketidakpastian mereka. Kita tidak semestinya perlu mempunyai semua jawapan untuk terus melangkah ke hadapan.

"Perbezaan utama Keliru berbanding karya-karya saya sebelum ini terletak pada mesejnya. Lagu ini memberi tumpuan kepada emosi manusia yang jarang dibicarakan dalam proses memahami diri sendiri, termasuk perasaan ragu-ragu dan ketidakpastian yang kita lalui," katanya.

Karya ini juga menjadi permulaan buat Yana memulakan langkah sebagai penyanyi tanpa bernaung di bawah mana-mana syarikat rakaman.

ARTIKEL BERKAITAN: Shalma Eliana kini dikenali sebagai Yana, Hati taruhan pertama bersama Yonnyboii 

ARTIKEL BERKAITAN: “Syaitan dalam kepala buat sukar rasa cukup!” - Shalma derita kemurungan melampau, menangis sepanjang hari

Dia yang sebelum ini memberi fokus kepada pengajian selama tiga tahun di United Kingdom, kini membuka lembaran baharu sebagai tanda terus aktif dalam dunia seni.

Lebih istimewa lagi, Yana juga memberanikan diri terlibat secara langsung dalam pembikinan video muzik lagu Keliru dengan menetapkan konsep yang ingin disampaikan.

“Saya mempertimbangkan pelbagai konsep sebelum akhirnya memberanikan diri untuk merealisasikan visi yang benar-benar ingin saya sampaikan melalui lagu dan video muzik ini.

Yana kongsi idea dalam MV lagu baharu.

“Projek ini menjadi bukti bahawa saya percaya pada karya dan visi saya sendiri. Saya memilih untuk melabur dalam sesuatu yang saya percayai tanpa terlalu memikirkan pendapat atau persepsi orang lain," jelasnya.

Yana juga kini dalam proses menyiapkan album penuh berjudul Ruang Rasa selain merancang sebuah persembahan pentas selepas album itu dilancarkan.

Artikel Lain