suria

Shalma Eliana kini dikenali sebagai Yana, Hati taruhan pertama bersama Yonnyboii

Yana dan Yonnyboii berkolaborasi menerusi lagu Hati.

SEBAGAI memperkenalkan kembali namanya dalam industri muzik, penyanyi dan pencipta lagu Shalma Eliana kini mahu dikenali sebagai Yana.

Yana atau Shalma Eliana Bruhanutheen, 22, berkata, pertukaran nama itu agar dirinya dapat terus melangkah jauh mempertaruhkan kelebihan yang ada pada dirinya.

Tidak hanya nama baharu, Yana turut melancarkan single terbaharunya berjudul Hati iaitu kolaborasi bersama komposer dan penyanyi rap, Yonnyboii.

Lagu bergenre R&B dan reggaeton hasil ciptaan Yonnyboii serta lirik oleh Yonnyboii dan Siqma itu diterbitkan oleh syarikat rakaman Universal Music Malaysia.

"Lagu Hati menghuraikan perasaan seseorang yang berasa ragu, tidak tenteram, dan pelbagai duka yang dilalui oleh seseorang.

Clipboard

Yana senang bekerjasama dengan Yonnyboii.

"Lagu ini juga menerangkan dan meluahkan rasa kecewa terhadap individu yang tidak pernah mencuba untuk menjaga hati individu lain. Dengan harapan khalayak ramai akan memahami dan menjadi lebih peka dan sensitif menjaga hati mereka yang lain.

"Namun, menerusi lagu Hati ini, mesej utama yang ingin diketengahkan adalah berkompromi untuk seseorang yang sudah menyakiti anda, tetapi anda tahu mereka banyak memikirkan anda dalam hidup dan anda menghargai setiap saat ini.

ARTIKEL BERKAITAN: Penyanyi lagu ‘Kucu-Kuca’ Lia Aziz selamat bergelar isteri gitaris kumpulan Treehill

ARTIKEL BERKAITAN: Dapat pujian Siti Nurhaliza, Amir Masdi pasang impian mahu duet bersama

"Walaupun disakiti, anda berkompromi untuk keamanan anda sendiri dan sentiasa ada untuk mereka yang memerlukan,” katanya.

Berkongsi lanjut, Yana berkata lagu Hati dihasilkan bersama Yonnyboii dengan memberikan idea agar lagu itu lebih menarik.

"Lagu ini ditulis di tempat Yonnyboii. Saya masih ingat dia mula menulis lagu ini kemudian saya memutuskan untuk menulis bahagian saya kerana saya akan dapat mengaitkannya dengan lebih lanjut. Penulisan lagu lancar kerana saya dan Yonnyboii duduk bersama dan melihat apa yang paling sesuai.

"Gabungan idea dalam menghasilkan lagu Hati ini memberikan satu lagi sentuhan segar agar hasilnya nanti bukan saja sedap didengar, tapi juga mampu menarik perhatian pencinta muzik tempatan dan peminat,” katanya.

Tidak hanya berkolaborasi bersama, Yana menyifatkan bekerjasama dengan Yonnyboii adalah pengalaman yang cukup berharga.

Persahabatan yang terjalin juga membuatkan proses rakaman menjadi mudah dan menyeronokkan.

"Saya masih ingat memasuki rumahnya dan dia terus cakap 'Yana record'. Bahagian korus itu adalah satu yang mengujakan. Pastinya sangat menarik dan menyeronokkan.

"Pada saya, Yonnyboii sentiasa menjadi sahabat saya, dan keserasian kami ada dalam bekerjasama. Dia membimbing saya dengan pendapat peribadinya dan kami sepakat bersama. Kami juga sentiasa bersetuju mengenai lagu macam mana yang ingin dihasilkan,” katanya.

Sementara itu, Yonnyboii menyifatkan bekerjasama dengan Yana menerusi lagu Hati ini sesuatu yang menyeronokkan.

"Yana memang sudah lama berkawan dengan saya. Jadi, pembikinan lagu ni agak santai dan semestinya seronok dan bahagian korus yang dinyanyikan Yana adalah dari ‘first take’ nyanyiannya.

"Bagi saya, cabaran yang Yana dan saya hadapi adalah penukaran ‘verse’, vokal dan ‘flow’ kerana lagu ini sebenarnya sudah siap tetapi kami susun semula untuk menjadi satu ‘arrangement’ baru," katanya.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain