suria

“Ini takdir Allah” - Hubungan Afdlin Shauki dan bekas isteri tetap baik, tak mahu anak-anak terkesan

Afdlin dan Maria sambut raya bersama selepas bercerai.

PELAKON dan pengarah Datuk Afdlin Shauki menyifatkan perceraiannya dengan bekas isteri, Maria Christina Orow Abdullah sebagai takdir dan ketentuan Allah.

Sepakat berpisah selepas hampir 25 tahun mendirikan rumah tangga, Afdlin berkata, ketika ini fokusnya dan Maria adalah untuk terus bersama-sama membesarkan tiga anak-anak agar mereka tidak terkesan dengan perceraian yang berlaku.

"Ini adalah takdir Allah. Tiada siapa yang mahu hubungan rumah tangga berakhir begini (perceraian).

afdlin 22

Afdlin dan bekas isteri kekalkan hubungan baik demi anak-anak.

"Kami cuba yang terbaik untuk teruskan hidup demi anak-anak supaya mereka tidak rasa terkilan dengan apa yang terjadi.

"Walaupun sudah berpisah pada Ramadan lalu, kami masih menyambut Aidilfitri bersama. Kehidupan juga berjalan seperti biasa cuma bezanya kami tidak lagi bergelar suami-isteri," katanya kepada mStar.

Pada Jumaat lalu, Maria menerusi Instagram miliknya mendedahkan sudah bercerai dengan Afdlin pada April dan pengumuman itu dibuat hanya selepas dirinya selesai menjalani edah selama tiga bulan.

ARTIKEL BERKAITAN: Perkahwinan retak sejak pandemik, Afdlin Shauki dan isteri sudah cerai April lalu

Dalam pada itu, Afdlin berkata, dia tidak bersedia untuk berkongsi tentang punca keretakan rumah tangganya kepada umum.

Sebaliknya kata pelakon filem Buli itu, perkongsian bekas isteri di media sosialnya cukup menceritakan masalah yang membawa kepada perceraian mereka.

"Apa yang bekas isteri katakan di media sosial, kami telah persetujui bersama. Jadi tiada apa yang perlu saya katakan sekarang ini.

Kami cuba yang terbaik untuk teruskan hidup demi anak-anak supaya mereka tidak rasa terkilan dengan apa yang terjadi

DATUK AFDLIN SHAUKI

PELAKON/PENGARAH

"Tunggulah, mungkin suatu hari apabila saya sudah bersedia, saya akan kongsi," ujarnya.

Dalam perkongsian tersebut, Maria memaklumkan punca perceraian mereka disebabkan sudah tidak sehaluan sejak negara berada dalam tempoh pandemik.

Meskipun sudah berusaha memperbaiki perkahiwnan tersebut namun Maria dan Afdlin menganggap perceraian adalah keputusan paling baik selain masih mengekalkan hubungan baik demi membesarkan anak-anak mereka.

Afdlin dan Maria mendirikan rumah tangga pada 1997 dan hasil perkahwinan berkenaan mereka dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Mia Sara, Anais dan Ileana Matin.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain