suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Order tertukar, pelanggan makan sampai licin... Rider kecewa dapat respons biadab, terpaksa ganti rugi RM40

Kesilapan ketika menghantar makanan boleh berlaku sekiranya kita tidak lebih berhati-hati. -Gambar hiasan AI

BERTUGAS sebagai penghantar makanan bukanlah satu pekerjaan mudah apabila mereka perlu memastikan setiap pesanan sampai kepada pelanggan yang betul.

Namun, seorang rider sebuah platform penghantaran makanan ini berdepan pengalaman mengecewakan apabila pelanggan yang tersalah menerima pesanan bertindak menghabiskan makanan sehingga menyebabkan kerugian.

Menurutnya, masalah berlaku apabila dia menerima dua pesanan berbeza iaitu seorang pelanggan hanya memesan satu bungkus nasi, manakala seorang lagi memesan dua bungkus nasi berserta dua minuman.

"Saya dapat dua pesanan serentak. Pelanggan pertama ni order nasi saja. Pelanggan kedua tempah dua nasi dan dua air. Sampai dekat pelanggan pertama, suami tertukar bagi makanan pelanggan satu lagi.

A food delivery rider was seen holding the food wrapped with single use plastic bags at Pasar Moden Seksyen 6 in Shah Alam yesterday. — IZZRAFIQ ALIAS/The Star

Tugas sebagai penghantar makanan bukanlah satu pekerjaan yang mudah. -Gambar hiasan

"Lepas lima minit, saya hubungi semula pelanggan pertama tu sebab nak datang balik untuk tukar semula tempahan. Pelanggan tu cakap saya dah makan semua.

"Saya cakap kan awak order satu bungkus nasi je. Saya salah hantar. Kenapa makan dah tahu itu bukan awak punya," cerita lelaki itu dalam hantaran berkenaan.

Lebih mengecewakan, pelanggan tersebut turut menyalahkan penghantar makanan berkenaan kerana tersilap menghantar pesanan.

ARTIKEL BERKAITAN: “Jauhnya akak order makanan” - Terkedu rider persoal pilih vendor luar kawasan, wanita pening cari silap sendiri

ARTIKEL BERKAITAN: Dugaan bertimpa-timpa, lelaki sayu hadap motosikal ‘cari makan’ rosak di lebuh raya lepas hilang kerja - “Penatnya Ya Allah”

Penghantar makanan itu bagaimanapun memilih untuk mengalah sebelum membalas secara berseloroh bahawa dia tidak menghalalkan perbuatan pelanggan tersebut.

"Pelanggan itu cakap salah awak la sebab silap hantar. Saya pun cakap tak apa la saya tak halalkan. Semoga perut awak kembung. Pelanggan tu beragama Islam.

"Saya kena ganti semula RM40 dekat pelanggan kedua. Dia tahu tu bukan order dia jadi kenapa makan. Kenapa tak hubungi saya semula.

  • Pelanggan tersalah makan pesanan orang lain.
  • Rider terpaksa tanggung kerugian RM40.
  • Makanan sudah habis sebelum sempat ditukar.
  • Pelanggan menyalahkan rider atas kesilapan penghantaran.
  • Rider terkilan wang komisen terpaksa digunakan untuk ganti rugi.

"Saya kerja dari 8 pagi sampai 1 tengah hari. Masa hantar order pelanggan itu, baru je dapat komisyen RM40. Duit tu juga la digunakan untuk ganti semula pada pelanggan itu," luahnya di Threads.

Hantaran itu mengundang perhatian pengguna media sosial yang turut bersimpati dengan nasib penghantar makanan itu selepas dikongsikan.

"Gamaknya makan... saya kalau dapat lebih, depan rider tu terus beritahu terlebih. Kalau kurang lagi la kita menekan-nekan. 

"Tapi kalau dapat makanan yang bukan kita order, saya memang akan hubungi semula bahagian khidmat pelanggan atau rider. Takut la makan bukan hak kita, jadi darah daging," komen seorang netizen.

Artikel Lain