PENYANYI Kim Sang Gyun menerima penghargaan rasmi atas tindakan beraninya membantu menyelamatkan mangsa kebakaran ketika menjalani perkhidmatan ketenteraan.Berita gembira itu dikongsikan sendiri oleh Kim menerusi hantaran di Instagram miliknya yang turut memaparkan dia menerima sijil penghargaan daripada Ketua Pentadbiran Tenaga Kerja Ketenteraan Wilayah Seoul. Menurutnya, penghargaan tersebut diberikan selepas dia terlibat dalam usaha awal menyelamatkan mangsa susulan insiden kebakaran yang berpunca daripada sebuah kenderaan elektrik yang terlibat kemalangan.Sang Gyun bangga dengan pencapaian yang diterima.“Saya terlibat dalam tindakan awal dan usaha menyelamatkan nyawa susulan kebakaran yang berpunca daripada sebuah kenderaan elektrik merempuh transformer di tempat kerja saya.“Saya menerima penghargaan selepas dipilih oleh Pentadbiran Tenaga Kerja Ketenteraan sebagai contoh pekerja khidmat sosial yang menunjukkan teladan baik,” katanya.Untuk rekod, Kim mula menjalani khidmat ketenteraan wajib sebagai pekerja khidmat sosial sejak Mei 2025.ARTIKEL BERKAITAN: Padah berbogel di pusat onsen, penyanyi tahan malu disapa peminat cilikARTIKEL BERKAITAN: Rajin bersenam setiap hari, Rain terkejut alami masalah hati berlemak... “Tak tahu kenapa jadi begini”Dia sebelum ini membuat kemunculan sulung sebagai anggota kumpulan ToppDogg pada 2013 sebelum meraih perhatian menerusi kemahiran rap dan tarian dalam program realiti terbitan Mnet, Produce 101 Musim Kedua pada 2017.Selepas itu, dia menyertai kumpulan projek JBJ sebelum meneruskan kerjaya muzik bersama Kenta menerusi duo JBJ95.