suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

BN serah kepada Istana umum keputusan krisis politik Negeri Sembilan

Pengerusi BN, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi ketika ditemui media selepas menghadap Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Tuanku Munawir di Istana Hinggap, pada Khamis. -Foto Bernama

PENGERUSI Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi memberitahu sudah mencapai keputusan berhubung krisis politik Negeri Sembilan dalam pertemuan dengan Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Tuanku Munawir pada Khamis.

Timbalan Perdana Menteri itu berkata, pihaknya menyerahkan sepenuhnya kepada Istana bagi mengeluarkan kenyataan rasmi berhubung keputusan dicapai hasil pertemuan berkenaan.

"Kami telah menghadap Tuanku dalam suasana yang tenang dan Tuanku akan membuat keputusan.

"Kita serahkan kepada pihak Istana untuk mengeluarkan kenyataan berhubung keputusan yang telah kami capai," katanya kepada pemberita di luar Istana Hinggap selepas selesai menghadap Tuanku Muhriz.

Ahmad Zahid bersama beberapa pemimpin BN tiba di Istana Hinggap sekitar pukul 3 petang untuk menghadap Tuanku Muhriz bagi membincangkan situasi politik di negeri itu.

Antara pemimpin BN yang turut menghadap adalah Pengerusi BN Negeri Sembilan, Datuk Seri Mohamad Hasan; Setiausaha Agung BN, Datuk Seri Zambry Abd Kadir; Ketua Penerangan UMNO, Datuk Seri Azalina Othman Said dan Setiausaha Agung UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki.

Terdahulu, Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Ismail Lasim yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Juasseh menghadap Tuanku Muhriz sekitar pukul 1.18 petang.

Artikel Lain