Penghantar makanan bertanggungjawab memastikan setiap pesanan sampai kepada pelanggan dengan selamat dan dalam keadaan baik. -Gambar hiasan AI
MEMBUAT pesanan makanan menerusi aplikasi penghantaran sepatutnya memudahkan urusan, terutama bagi mereka yang tidak berkesempatan keluar untuk membeli sendiri.Namun, pengalaman seorang wanita ini nyata berbeza apabila dia berasa serba salah selepas ditegur seorang penghantar makanan yang seolah-olah mempersoalkan tindakannya membuat pesanan daripada vendor di luar kawasannya. Menerusi satu perkongsian, wanita berkenaan berkata dia terkedu apabila penghantar makanan itu menegurnya sebaik sahaja tiba di kediamannya untuk menghantar pesanan."Terkulat-kulat sis kena sound dengan rider ******. Kerjaya sebagai penghantar makanan bukanlah sesuatu yang mudah kerana mereka perlu berdepan pelbagai cabaran seperti cuaca tidak menentu, lalu lintas dan sebagainya. -Gambar hiasan AI"Jauhnya akak order makanan, sampai ke TTDI Jaya. Yang sini-sini tak ada ke kak? Jauh betul," kongsinya sambil mengimbas semula kata-kata penghantar makanan tersebut.Menurut wanita yang menetap di Elmina, Shah Alam itu, dia hanya membuat pilihan berdasarkan senarai vendor yang tersedia dalam aplikasi berkenaan.Malah jelas wanita tersebut, caj penghantaran yang dikenakan juga tidak menjadi masalah buat dirinya.ARTIKEL BERKAITAN: Macam-macam perangai pelanggan beli makanan COD, rider terharu lelaki selalu ‘halal’ baki... Perempuan kira sampai sen akhir!ARTIKEL BERKAITAN: Macam tak ada akal! Rider letak bungkusan makanan dekat tempat sampah, siap bagi jawapan menyakitkan hati- “Makan je la, kan dalam plastik”Selain itu, dia turut memberikan tip kepada rider sebanyak RM2 yang ditetapkan sebagai default setiap kali membuat pesanan menerusi aplikasi berkenaan.Situasi itu membuatkan wanita tersebut tertanya-tanya seketika sama ada dia melakukan kesilapan sehingga menerima teguran sedemikian."Mencari silap sendiri kejap. Pengakhirannya, saya masuk rumah, rider pun berlalu pergi. Nak menjawab serba salah sebab dia dah hantarkan makanan yang kita pesan. Telan je lah," kongsinya.Seorang wanita terkedu apabila ditegur penghantar makanan kerana membuat pesanan daripada vendor yang terletak jauh.Dia hanya memilih vendor yang tersedia dalam aplikasi dan sudah membayar caj penghantaran serta beri tip RM2.Dia berasa serba salah untuk membalas teguran rider tersebut.Netizen berpendapat pelanggan berhak memilih vendor yang disenaraikan dalam aplikasi.Ada juga yang berpendapat rider berkenaan sekadar berbasa-basi. Ringkasan ini dijana oleh AIPerkongsian itu mengundang perhatian warga maya yang berpendapat pelanggan berhak memilih vendor disenaraikan dalam aplikasi selagi caj penghantaran telah dibayar.Dalam pada itu, ada berpendapat rider berkenaan sekadar berbasa-basi kerana tertanya-tanya mengapa wanita itu memilih untuk membuat pesanan dari vendor di luar kawasan tempat tinggalnya."Saya pun pernah kena. Kita pesan apa benda yang ada dalam aplikasi dan dalam jarak kawasan penghantaran."Pelanggan tak salah. Yang salah platform provider, besarkan radius tanpa persetujuan partner. Yang sakit tu rider, dah la fare makin jatuh," komen netizen.