Kebanyakan warga asing menjadikan tanah terbiar sebagai kebun dan tempat tinggal mereka tanpa pengetahuan pemilik. -Gambar hiasan AI
TANAH pusaka yang sudah lama terbiar tanpa dijenguk waris, bukan hanya mengundang haiwan berbisa, malah membuka ruang kepada individu tidak bertanggungjawab mengambil kesempatan.Lebih membimbangkan tanah bukan sahaja 'dirampas' tetapi usaha mendapatkan kembali hak menemui jalan buntu. Sedang mengalami situasi sama, wanita ini memberitahu tanah milik Allahyarham bapanya kini diusahakan oleh pasangan suami isteri warga Indonesia dan mendakwa sudah mendapat keizinan pemilik asal.Segelintir individu membiarkan tanah pusaka mereka terbiar begitu sahaja. -Gambar hiasan AI"Sudah agak lama tak tengok tanah arwah ayah, tahu-tahu ada warga Indonesia buat tanam tebu dan pisang. Dia cakap dah minta izin dengan pemilik asal."Atuk pun dah meninggal dunia lebih 20 tahun. Kami ini generasi ketiga tanah tersebut. Jadi akhirnya mak cakap dekat mereka, tak apalah kami halalkan hasil yang wak dah makan," ujarnya berkongsi di Threads.Susulan kata-kata ibunya itu, pasangan warga emas terbabit terkedu dan terdiam seolah-olah menyedari kesilapan dilakukan.Tanah pusaka arwah bapa diusahakan pasangan warga Indonesia tanpa pengetahuan waris.Pasangan itu mendakwa mendapat izin datuk yang sudah meninggal dunia lebih 20 tahun lalu.Ibu wanita berkenaan memilih menghalalkan hasil tanaman yang sudah dimakan pasangan terbabit.Keluarga memberi peluang pasangan warga emas itu keluar, namun melarang keturunan mereka meneruskannya.Kisah dikongsi susulan pendedahan Khairul Jamain mengenai tanah di Johan Setia diusahakan etnik Rohingya.Ringkasan ini dijana oleh AITambahan pula, katanya, setiap kali cuba untuk bertemu dengan 'pengusaha' kebun, pasangan terbabit tidak kelihatan sehinggalah dia sekeluarga kembali semula ke tanah berkenaan beberapa minggu lalu."Sebenarnya dah bertahun dia ceroboh dan setiap kali datang tengok (tanah), dia tak ada."Pertama kali dapat jumpa hari tu, dah tua orangnya dan dia pun mungkin dah tak larat untuk berkebun," tambahnya sambil menyatakan keluarganya memberi peluang untuk pasangan tersebut keluar.ARTIKEL BERKAITAN: Sudah 20 tahun menumpang percuma, ‘wak’ Indonesia lupa diri... Halang waris jual tanah, tuntut pampasan RM50,000!ARTIKEL BERKAITAN: Biadab tak kenal umur, pengusaha ‘campsite’ dihina anak anak mat saleh... Terkejut budak hingusan pertikai bayaran tapak!Namun tegasnya, mereka tidak akan berkompromi sekiranya kegiatan mengusahakan tanah tersebut diteruskan oleh keturunan pasangan berkenaan.Perkongsiannya itu susulan pendedahan Pengarah KJ Land Consultant Sdn Bhd, Khairul Jamain yang menyatakan pemilik sebuah tanah di Johan Setia terkejut apabila mengetahui terdapat etnik Rohingya yang mengusahakannya dengan tanaman ubi.Pada masa sama dia turut meluahkan rasa bimbang apabila mendapati sikap warga asing yang mengambil kesempatan.