suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Biadab tak kenal umur, pengusaha ‘campsite’ dihina anak anak mat saleh... Terkejut budak hingusan pertikai bayaran tapak!

Penting untuk pengunjung semak status kawasan, sama ada tapak persendirian atau tanah awam sebelum beriadah. -Gambar hiasan AI

RAMAI beranggapan tapak perkhemahan dan taman rekreasi merupakan kawasan milik awam yang boleh diakses serta digunakan secara percuma tanpa perlu meminta izin.

Namun hakikatnya, sesetengah lokasi sedemikian dibangunkan di atas tanah persendirian dan pengunjung perlu membuat bayaran bagi menggunakan tapak serta kemudahan yang disediakan.

Maka tidak hairanlah salah faham antara pengusaha tapak perkhemahan dan pengunjung boleh berlaku seperti dialami seorang pengusaha ini.

Kejadian bermula apabila sebuah keluarga warga asing datang berkelah secara semborono tanpa meminta kebenaran terlebih dahulu.

Tapak perkhemahan merupakan lokasi popular yang sering dikunjungi. -Gambar hiasan AI

Tapak perkhemahan merupakan lokasi popular yang sering dikunjungi. -Gambar hiasan AI

"Aku nampak satu keluarga warga asing buka tikar piknik dekat bawah pokok dalam kawasan tapak perkhemahan aku.

"Jadi, aku biarkan dulu sebab memang dah ada letak papan harga untuk berkelah dan kebetulan ada pelanggan kat depan aku," ujarnya di Thread.

Selesai memberi penerangan, dia kemudian bergerak ke arah keluarga terbabit untuk meminta bayaran bagi aktiviti piknik yang dilakukan.

Namun malangnya, individu tersebut bukan sahaja enggan membuat bayaran malah anaknya mula meninggikan suara dan mempertikaikan kadar yang dikenakan.

  • Ramai menyangka tapak perkhemahan dan taman rekreasi ialah kawasan awam yang boleh digunakan secara percuma tanpa kebenaran.
  • Seorang pengusaha mendakwa sebuah keluarga warga asing masuk ke kawasan perkhemahannya lalu membuka tikar untuk berkelah.
  • Selepas selesai menguruskan pelanggan lain, pengusaha itu meminta keluarga berkenaan membayar caj yang telah dipaparkan pada papan harga.
  • Keluarga tersebut enggan membayar, manakala dua anak mereka meninggikan suara dan mendakwa tapak berkenaan tidak berbaloi.
  • Pengusaha itu menegur tindakan mereka yang dianggap biadab sebelum keluarga terbabit berkemas dan meninggalkan lokasi.

"Aku cakap elok-elok, datang nak kutip bayaran sewa perkelahan. Kemudian mat saleh tu tanya... ni tanah awak ke? Walhal terang-terang kawasan ni memang berpagar.

"Dia tak mahu bayar dan yang menyakitkan hati, anak dia dua orang yang dalam usia tujuh hingga 10 tahun cakap.. do we have to pay? It's not even worth it," ujarnya mengimbau insiden yang berlaku.

Terkesima dengan kata-kata kanak-kanak terbabit, dia mengakui riak wajahnya terus berubah sekali gus menegur tindakan mereka yang dianggap biadab.

ARTIKEL BERKAITAN: “Kau tunggu stupid prize!” - Datang negara orang tapi biadab, gadis tertekan ‘housemate’ warga asing punggah kabinet dapur

ARTIKEL BERKAITAN: Tunjuk samseng dengan orang tempatan, warga asing ‘biru muka’ kena maki dengan wanita - “Terus cakap baik-baik”

Tertekan dengan teguran tegas pengusaha berkenaan, keluarga warga asing itu akhirnya mengemas barang dan terus beredar.

Perkongsiannya itu mengundang pelbagai reaksi warga maya dengan rata-ratanya memuji kelantangan dan keberaniannya menegur warga asing.

"Tahniah tuan, baru dia tahu kena hormat tuan rumah dan jangan jadi biadab.

"Golongan mat saleh ni ada perangai entitle, jadi jangan bagi muka sangat," demikian reaksi netizen.

Artikel Lain

Ibu Elfira Loy meninggal dunia