suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

“Kau tunggu stupid prize!” - Datang negara orang tapi biadab, gadis tertekan ‘housemate’ warga asing punggah kabinet dapur

Sikap biadab rakan serumah boleh menguji kesabaran penghuni lain. -Gambar hiasan AI

TINGGAL di rumah sewa yang dikongsi bersama individu lain sememangnya memerlukan sikap saling menghormati, terutama apabila melibatkan penggunaan barangan peribadi dan ruang bersama.

Bagi seorang wanita ini, kehadiran penghuni baharu di rumah sewanya bertukar menjadi mimpi buruk apabila barangan miliknya didakwa diguna pakai sesuka hati tanpa meminta izin terlebih dahulu.

Menurut wanita itu, emosinya mula tercabar selepas mendapati peralatan dapur seperti kuali dan pinggan miliknya kerap digunakan tanpa pengetahuannya.

"Housemate saya ni warga asing dan dia tak tahu nak bercakap dalam bahasa Melayu. Masa dia baru masuk, dia asyik guna barang saya seperti kuali, pinggan dan segalanya tanpa izin.

Setiap penghuni rumah sewa perlu mengamalkan sikap toleransi antara satu sama lain. -Gambar hiasan 

"Saya tegur dia secara baik, tanya itu barang saya ke? Saya cakap kalau nak guna, sekurang-kurangnya minta izin dulu. Mungkin dia tak puas hati apabila ditegur, terus dia punggah semua barang saya dalam kabinet sampai terabur.

"Saya mengamuk la. Saya ketuk bilik dia, dia terus buat panggilan video dengan mak ayahnya. Mereka marah saya pula. Alasannya, dia tak cukup ruang dan minta saya cakap dengan mak ayah dia," ceritanya di Threads.

Tindakan rakan serumahnya yang cuba 'bersembunyi' di sebalik ibu bapa membuatkan wanita itu bertambah berang kerana merasakan rakan serumahnya perlu bertanggungjawab atas perbuatannya sendiri.

Situasi bertambah tegang apabila ibu bapa rakan serumahnya itu turut mencampuri urusan pergaduhan mereka menerusi panggilan video dan berulang kali memintanya supaya tidak meninggikan suara.

ARTIKEL BERKAITAN: Pendiam tapi pengotor! Pemuda bengang rakan serumah berubah watak, malas cuci pinggan - “Dah bertingkat macam bufet”

ARTIKEL BERKAITAN: Rasa nak simbah kuah ke muka! Wanita tahan sabar layan perangai rakan serumah, senyap-senyap ‘rembat’ udang dalam periuk

"Dia halakan telefon dan suruh saya cakap dengan mak ayah dia. Saya cakap terus terang... aku tak peduli pasal mak ayah kau. Ini pasal apa yang kau dah buat, bukan mak ayah, anjing atau nenek kau.

"Kau tu datang ke negara aku, jangan ingat boleh buat sesuka hati dan harap orang lain berdiam diri. Tapi mak ayah dia pula asyik cakap jangan jerit dekat anak perempuan mereka... diulangnya benda sama sampai 50 kali," ujarnya lagi.

Terlalu marah sehingga menangis dan mengalami sakit kepala, wanita itu akhirnya menghubungi bapanya untuk menenangkan diri.

Menyedari anaknya berada dalam keadaan emosi yang tidak stabil, bapa pengadu menasihatkan supaya dia tidak mengikut perasaan dan cuba menenangkan diri.

  • Konflik rakan serumah gara-gara barang digunakan tanpa izin.
  • Tegur penggunaan barang, wanita terkejut apabila barangan diselerakkan.
  • Emosi memuncak, panggilan dengan bapa bantu wanita bertenang.
  • Rakan serumah tampil memohon maaf selepas berlaku pertengkaran.
  • Hormat barangan dan ruang peribadi penting ketika tinggal serumah.

Mungkin sedar akan kesilapannya, rakan serumahnya kemudian datang menghampiri wanita itu untuk memohon maaf serta menawarkan bantuan bagi mengemas semula barangan dapur yang telah diselerakkan.

"Saya tolak tawaran dia nak tolong kemas barang. Terus suruh dia masuk semula ke bilik dia dan kau tunggu la stupid prize (balasan atas perbuatannya)," katanya.

Menerusi ruangan komen, rata-rata warga maya menyokong tindakan tegas wanita itu dan berpendapat isu pencerobohan hak peribadi di rumah sewa bukanlah perkara yang boleh dipandang ringan.

"Mereka ni pelik sikit. Kalau dekat negara mereka, layan kita elok. Tapi bila mereka datang negara kita, perangai serupa Rohingya.

"Ini sepatutnya awak buat, biar orang naik suara dan jerit. Kita balas benda sama. Tak adanya buat jahat dibalas baik sebab tu banyak kita ni kena pijak sebab mereka tahu kita lemah," komen beberapa netizen.

Artikel Lain