BERDEPAN dengan detik cemas apabila disamun serta diancam bahaya pastinya menjadi pengalaman pahit yang sukar dilupakan oleh sesiapa sahaja.Bagi seorang wanita, peristiwa traumatik disamun ketika bekerja sebagai juruwang di sebuah kedai serbaneka merupakan mimpi ngeri yang masih segar dalam ingatannya."Masa kena samun, perompak tu handsome. Aku ingat sebab zaman tu zaman kegemilangan sebuah kumpulan rock ni. "Muka perompak macam vokalis kumpulan tu. Lepas je dia 'rembat' rokok dan duit dekat kaunter, dia tolak aku dengan seorang lagi pekerja masuk dalam stor."Rakan sekerja tu lelaki, dia jenis lembab. Elok pula dia baru lepas 'curi tulang' terbongkang dekat kawasan tersorok dari CCTV. Bangun-bangun je terus kena samun," ceritanya.Utamakan keselamatan diri dan bertenang ketika berdepan situasi boleh mengancam nyawa. -Gambar hiasan AINamun menurut wanita itu, rupa paras suspek bukan perkara utama yang ingin dikongsikannya.Sebaliknya, dia mahu berkongsi keajaiban dan pengalaman berdepan detik cemas apabila suspek mula menunjukkan niat jahat ke atas dirinya dalam kejadian sekitar tahun 2016 itu.Dalam situasi yang amat genting, wanita itu hanya mampu berdoa tanpa henti memohon perlindungan daripada Ilahi agar dijauhkan daripada sebarang perbuatan terkutuk."Soal kena samun tu bukan point aku. Aku nak cakap betapa kuasa Allah. Sekelip mata Dia berkuasa mengubah apa pun. Masa perompak tu minta wallet partner aku, dia pun bagi la."Sampai giliran aku pula, tiba-tiba dia suruh selak tudung. Gaya macam nak cabul aku. Masa tu aku memang tak berhenti berdoa minta dengan Allah.ARTIKEL BERKAITAN: Rohingya didakwa mampu beli emas harga puluhan ribu, wanita persoal sumber kekayaan pelarian di MalaysiaARTIKEL BERKAITAN: Sempat ‘berasap’ ketika rompak kedai emas, polis berjaya jejaki suspek selepas jumpa puntung rokok"Aku doa supaya dia tak buat benda bukan-bukan dekat aku. Kuasa Allah... dalam sesaat hingga dua saat je, perompak tu macam blur sekejap. Dia termenung, lepas tu macam terpinga-pinga," imbasnya lagi.Misterinya, sejurus selepas itu suspek tiba-tiba mengubah fikirannya dan hanya mengarahkan wanita berkenaan bersama rakan sekerjanya untuk kekal berkurung di dalam stor.Malah, perompak tersebut sempat meninggalkan amaran tegas agar mereka tidak melangkah keluar selagi masih mendengar sebarang pergerakan di dalam premis berkenaan.Bagi wanita itu, perubahan sikap suspek dalam tempoh singkat tersebut membuatkan dia semakin yakin dengan kebesaran dan kuasa Allah."Perompak tu cakap...korang duduk je dalam stor, jangan keluar selagi dengar aku berjalan dalam kedai ni. Kalau tak, mampus korang aku kerjakan!'"Hari yang sama saya kena tu, ada dua tiga stor lain pun kena samun juga dan semua staf mereka cedera. Kedai tempat saya kerja je yang stafnya cuma dikurung dalam stor tanpa sebarang kecederaan," katanya mengenai keajaiban yang dirasai itu.Bagaimanapun, penderitaan mereka tidak berhenti di situ apabila keesokan harinya, dia dan rakan sekerjanya pula menjadi mangsa kemarahan pengurus cawangan sebaik tiba di lokasi kejadian.Wanita kongsi detik cemas disamun ketika bekerja.Doa menjadi pegangan ketika berdepan situasi genting.Suspek tiba-tiba berubah selepas wanita tidak putus berdoa.Terselamat tanpa kecederaan meskipun beberapa premis lain terjejas.Trauma belum reda, wanita dakwa turut dimarahi selepas kejadian.Ringkasan ini dijana oleh AIKatanya, mereka dimaki hamun berikutan kegagalan rakan sekerjanya mematuhi prosedur simpanan wang tunai atau cash drop seperti yang ditetapkan oleh syarikat."Rasa macam kita pula yang minta kena samun. Siapa yang pernah kerja kedai serbaneka tahu la ada had simpanan duit dalam laci. Memang tak patut betul, staf masa tu menggigil ketakutan pun tak hilang lagi."Pengurus tu sibuk nak maki hamun. Padahal benda tu kan boleh buat tuntutan insurans... sudahlah gaji pekerja pun ditolaknya," luahnya menutupi cerita.Dalam industri peruncitan, cash drop merupakan prosedur mengeluarkan lebihan wang tunai daripada laci mesin daftar tunai untuk dipindahkan ke tempat lebih selamat seperti peti besi.Prosedur itu lazimnya dilakukan apabila jumlah wang tunai dalam laci melepasi had tertentu yang ditetapkan oleh sesebuah premis, sekali gus mengurangkan jumlah wang terdedah kepada risiko kecurian atau samun.Setiap wang yang dikeluarkan menerusi proses cash drop juga perlu direkodkan dengan tepat bagi memastikan kiraan wang dan rekod transaksi dapat diselaraskan pada penghujung syif atau hari operasi.