suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

“Bakpe mata hitam, bibir juih gitu?” - Sakit hati dapat kakak kaki ‘kondem’, niat berjimat solek sendiri masa tunang diperlekeh

Setiap individu mempunyai cita rasa atau kehendak masing-masing dalam menguruskan sesuatu majlis sama ada pertunangan atau perkahwinan. -Gambar hiasan AI

BAGI sesetengah individu, majlis pertunangan tidak semestinya perlu diraikan secara mewah, sebaliknya cukup sekadar sederhana mengikut kemampuan dan bajet yang ada.

Malah, ada yang memilih untuk melakukan sendiri sebahagian persiapan termasuk solekan bagi mengurangkan kos, lebih-lebih lagi apabila banyak perkara lain yang perlu diberi keutamaan.

Namun, semestinya akan timbul rasa kecewa apabila solekan yang dihasilkan mendapat kritikan daripada insan terdekat, sebagaimana situasi dikongsikan oleh seorang wanita ini.

Mengadakan majlis secara sederhana bukan sahaja menjimatkan kos malah dapat mengelakkan pembaziran yang tidak perlu. -Gambar hiasan AI

"Aku sedaya upaya make-up sendiri untuk majlis tunang sebab nak jimat. 

"Sekali kakak aku komen... sape make-up kan mu? Bakpe mata mu hitam molek nampak? Bibir pulok juih gitu," luahnya.

Menerusi hantaran yang dikongsikan di Threads, wanita berkenaan memberitahu bahawa kakaknya sebenarnya tidak hadir pada majlis tersebut dan hanya melihat penampilannya menerusi foto yang dihantar abang ipar ke dalam kumpulan WhatsApp keluarga.

ARTIKEL BERKAITAN: Dah tumpang rumah, kutuk mak ayah pula! Gadis bengang kakak bermuka-muka, sanggup jaja cerita buruk depan suami

ARTIKEL BERKAITAN: Geram biras mulut jahat! Selalu kutuk bapa mentua sebab kahwin 2... Nak tegur, sedar diri cuma ‘orang luar’

"Semalam masa tunang Allah makbulkan doa aku untuk dia tak ada, tapi abang ipar aku pergi hantar gambar-gambar majlis dalam group family... dia dapat tengok. Itu yang asyik komen.

"Sedih tau. Aku rasa okey saja, lagipun lighting dekat rumah... biasalah.," katanya.

Lebih membuatkan dia bertambah sedih apabila bapanya turut menyokong komen kakaknya mengenai penampilannya pada hari istimewa tersebut.

  • Seorang wanita sedih apabila solekan sendiri untuk majlis pertunangan dikritik kakaknya.
  • Dia memilih bersolek sendiri kerana mahu menjimatkan kos.
  • Kakaknya tidak hadir, sebaliknya melihat gambar majlis yang dikongsi dalam grup keluarga.
  • Bapanya turut menyokong komen kakaknya hingga membuatkan dia semakin kecewa.
  • Netizen memberi semangat dan menasihatinya supaya tidak melayan kritikan.

"Ayah aku back-up kakak, dia kata... baik muka tak payah make-up lagi comey. Anak kesayangan dia la katakan," luahnya lagi.

Di ruangan komen, rata-rata warga maya memberikan kata-kata semangat kepada wanita berkenaan dan menasihatinya supaya tidak terlalu memikirkan kritikan tersebut.

Mereka menasihati wanita itu supaya tidak melayan negativiti dan memilih untuk fokus kepada persiapan untuk mendirikan rumah tangga kelak. 

Mereka turut menyarankan agar dia tidak melayan sebarang elemen negatif dan sebaliknya memberi fokus sepenuhnya kepada persiapan menuju majlis pernikahan kelak.

Artikel Lain