KEBIASAANNYA pasangan yang baru berkahwin memilih untuk tinggal bersama ibu bapa buat sementara waktu sebelum mampu berdikari di kediaman sendiri. Namun berbeza dengan situasi dikongsikan seorang gadis apabila kakaknya didakwa masih belum menunjukkan usaha untuk hidup sendiri meskipun sudah enam tahun mendirikan rumah tangga. Menurutnya, kakaknya bersama suami dan seorang anak kini kembali menetap di rumah keluarga mereka selepas berlaku perselisihan faham dengan keluarga mentua.Datuk dan nenek tidak seharusnya dibebankan dengan menjaga cucu. -Gambar hiasan AI"Dia langsung tak ikhtiar nak beli atau sewa rumah, padahal tiap-tiap tahun melancong dengan laki dia. Bekerja pun tidak, anak dia pun aku dengan mak yang jaga."Dia? Duduk dalam bilik, layan media sosial, merentan menulis kenapa famili sendiri benci dia," luah gadis itu.ARTIKEL BERKAITAN: ‘Wayang’ baru nak mula, mak mentua datang minta tolong! Batin wanita ini terseksa, ibu kerap terjah bilik tidurARTIKEL BERKAITAN: Menantu ‘rampas’ rumah sewa, halau penyewa tanpa persetujuan bapa mentua... Rupanya rancang nak tinggal secara percuma!Lebih menambah rasa geram, kakaknya juga sering memburukkan ibu bapa mereka di hadapan suaminya."Asal mak aku tegur, merajuk. Apabila ditanya bila nak sewa rumah sendiri, kata tiada duit. Sedangkan baru beli kereta September tahun lepas."Aku selalu dengar dia kutuk mak ayah kat laki dia... apabila suami nasihat, dia merajuk. Lepas laki dia sebelahkan dia baru dia okay semula," katanya.Dalam pada itu, gadis berkenaan meluahkan rasa kasihan terhadap anak saudaranya yang berusia empat tahun kerana sering dimarahi dan diabaikan.Gadis kecewa kakak masih menumpang walaupun sudah enam tahun berkahwin.Kakak didakwa tiada usaha beli atau sewa rumah, walaupun mampu melancong dan beli kereta.Anak kakak dijaga oleh ibu dan adik, manakala kakak lebih banyak meluangkan masa di bilik.Dia juga sering merajuk apabila ditegur dan memburukkan ibu bapa di hadapan suami.Netizen kritik sikap pasangan itu, terutama suami yang dianggap gagal jalankan tanggungjawab.Ringkasan ini dijana oleh AIPerkongsian itu mengundang perhatian ramai yang menyelar tindakan kakak pengadu dan pada masa yang sama turut menyalahkan suaminya yang gagal dalam mendidik."Sebenarnya tiada isu kalau anak tu buat kerja rumah, hulur duit makan minum. Tapi apabila buat rumah macam hotel, memang orang akan marah."Abang ipar tu patut kena sembur. Dia sepatutnya yang jaga anak isteri dengan mentua. Ini dah terbalik pula," komen netizen.