Sikap pilih kasih dalam kalangan segelintir pendidik membuatkan ada ibu bapa berkecil hati. -Gambar hiasan AI
SEORANG ibu meluahkan rasa terkilan apabila mendakwa anaknya seolah-olah ‘tidak wujud’ dalam perkongsian gambar aktiviti harian di sebuah tadika swasta.Menurut wanita itu, meskipun pihak tadika sangat aktif memuat naik pelbagai foto aktiviti pelajar dalam kumpulan WhatsApp ibu bapa, namun kelibat anaknya langsung tidak kelihatan. Apa yang mengundang tanda tanya, gambar-gambar yang dikongsikan itu sebaliknya sering memaparkan wajah pelajar yang sama berulang kali.Gambar anak-anak di tadika adalah momen yang ingin disimpan ibu bapa sebagai kenangan. -Gambar hiasan AI"Punyalah update bermacam-macam aktiviti dalam grup WhatsApp. Tiada satu pun gambar muka anak aku, yang ada muka budak sama je."Bukan (niat) nak merentan ke apa, aku pun nak tengok juga apa anak aku buat. Gambar tak cantik pun tak mengapa," luahnya di media sosial.ARTIKEL BERKAITAN: Ibu tak puas hati cikgu tadika paksa bayar RM110 walau anak tak sertai rombongan... Rasa seperti kena scam!ARTIKEL BERKAITAN: Kek hari jadi sekadar hiasan di jamuan tadika, siap ‘angkut’ bawa balik... Kasihan ramai kanak-kanak kempunan!Lebih menghairankan, pengadu mendakwa gambar pelajar-pelajar "pilihan" itu bukan sahaja diambil secara individu, malah siap disunting dengan kemas.Dia merasakan alasan kesuntukan masa tidak lagi relevan apabila pihak sekolah mampu memberikan perhatian lebih kepada murid tertentu."Kalau satu, dua aktiviti tiada gambar tu aku faham, ni sampai lima aktiviti langsung gambar anak aku tiada. "Kalau cakap tiada masa nak ambil gambar tapi setiap kali update, muka yang sama je siap disunting," katanya. Rasa kecewanya semakin mendalam apabila dia cuba mendapatkan penjelasan daripada pihak guru, namun jawapan yang diterima seolah-olah meletakkan kesalahan pada bahu anaknya sendiri.“Katanya anak saya selalu refuse buat aktiviti dan lebih suka bermain dengan kawan,” katanya.Ibu kecewa anak tiada dalam gambar aktiviti tadika.Perkongsian hanya paparkan pelajar sama berulang kali.Tiada langsung kelibat anak walaupun hadir setiap hari.Guru dakwa anak enggan sertai aktiviti.Netizen setuju mungkin wujud pilih kasih.Ringkasan ini dijana oleh AIBagi wanita itu, sebagai sebuah tadika berbayar, pihak pengurusan sepatutnya lebih profesional dan adil dalam mengemas kini perkembangan semua pelajar tanpa ada sikap pilih kasih.Perkongsian itu mencetuskan perbincangan dalam kalangan netizen yang mengakui wujudnya fenomena 'anak emas' atau pelajar kegemaran dalam kalangan segelintir pendidik."Saya faham perasaan puan, sebab tadika anak saya pun macam tu. Asyik gambar pelajar yang sama."Kadang-kadang cikgu ni tak sedar, tunjuk budak-budak yang dia rasa pandai atau jadi kegeraman dia saja," komen warga maya.